Kitab al-Mu’in al-Mubin (المعين المبين)
atau judul lengkapnya Pelajaran Fiqh al-Mu’in al-Mubin merupakan sebuah
kitab fiqh yang diterjemahkan dari
bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu ( asalnya tulisan Jawi) oleh Ustaz Syarif
Zaini Daud.
Kitab ini diterjemahkan dari kitab asalnya yang juga
berjudul al-Mu’in al-Mubin (المعين المبين) atau judul lengkapnya al-Durus
al-Fiqhiyyah al-Mu’in al-Mubin
(الدروس الفقهية المعين المبين), karya Syaikh Abdul Hamid Hakim (1893-1959M), yang
bergelar Tuanku
Mudo, seorang seorang ulama terkemuka Indonesia yang berasal dari Minangkabau
(Sumatera Barat). Beliau terkenal sebagai ulama usul fiqh yang telah
meninggalkan beberapa karya dalam bidang
usul fiqh, iaitu kitab Mabadi’ Awaliyyah, al-Sulam dan al-Bayan.
Kitab ini terbahagi kepada 4 jilid. Di antara kandungan jilid 1 adalah berkenaan:
Kitab Ath Thaharah (Hukum Bersuci) dan Kitab Ash-Shalat (Bicara Sembahyang)
Manakala jilid ke-2 adalah berkenaan: Sambungan Kitab
Ash-Shalat, Kitab Al-Jana'iz (Perkara Mati), Kitab Az-Zakat (Darihal Zakat),
Kitab Asy-Syiam (Darihal Puasa) dan Kitab Al-Hajj Wal `Umrah (Darihal Haji dan
`Umrah).
Kandungan jilid ke 3 adalah berkenaan : Kitab Mu'amalat
(kerja-kerja Hidup), Kitab Umra dan Ruqba, Kitab Hibah-sedekah-Hadiah, Kitab
Al-Wadi'ah (Barang Petaruhan), Kitab Luqatah, Kitab Ihya' Al-Mawat,
(Menghidupkan Bumi Yang Mati), Kitab Bai' Al-Ikrah (Beli paksa), Kitab
AI-Ghashab (Rampasan) Kitab Al-Washaya (Wasiat-Wasiat), Kitab Waqaf, Kitab
Ath-Tha'am (Darihal Makanan), Kitab Udhiyyah (Penyembelihan) dan Ash-Shaid.
Manakala jilid ke 4 pula membicarakan berkenaan: Kitab
An-Nikah, Kitab Ath-Thalaq, Kitab Mut'ah, Kitab Khulu' , Kitab IIa', Kitab
Zihar, Kitab Qazaf (Tuduhan), Kitab Li'an, Kitab khiyar (sebab-sebab khiyar Di
dalam Nikah), Kitab `Iddah, Kitab Ruju', Kitab Al-Hadhanah (Asuhan) dan Kitab
Aqiqah.
Sebagaimana yang disebutkan di atas, kitab terjemahan asal
kitab ini adalah dalam tulisan jawi, tetapi memandangkan kebanyakan generasi
sekarang ini yang kurang mahir dalam tulisan jawi, maka Ustazah Noraine Abu
telah menyalinnya dari tulisan jawi ke tulisan roman tanpa sebarang pindaan
daripada teks asal agar mudah bagi mereka untuk mengikuti setiap perkataan yang
terdapat di dalam teks asal. Kitab edisi rumi ini telah diterbitkan oleh Syarikat
Al Hidayah House Of Publishers Sdn.
Muat
turun kitab al-Muin al-Mubin fi al-Fara-idh (المعين المبين في الفرائض)
karya Syaikh Abdul Hamid Hakim di SINI.
Semoga
bermanfaat.
mohon izi untuk dicopy terima kasih
ReplyDeletesilakan. terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini.
ReplyDelete