Kitab Kashful Kiram fi Bayan Niat Takbiratil Ihram (كشف الكرام في بيان نية تكبيرة الإحرام) adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i
yang disusun dalam bahasa Melayu (Jawi) oleh Syeikh Muhammad Zain bin al-Faqih
Jalaluddin al-Asyi, seorang ulama terkenal
dari Acheh, Indonesia.
Kitab
ini membincangkan tentang masalah niat ketika takbiratul ihram yang sering
menjadi perselisihan di dalam masyarakat ketika itu. Hal ini nampak jelas
dengan pengakuan Syeikh sendiri dalam muqaddimah kitab beliau dengan katanya :
Setelah
aku lihat akan beberapa manusia bersalah-salahan mereka itu pada niat tatkala
takbiratul ihram maka aku kehendaki bahawa aku perusaha satu kitab yang kecil
pada menguraikan maksud dan aku namai akan dia ‘Kashful Kiram pada menyatakan
niat takbiratul ihram’ [Kashful
Kiram, hal. 2].
Maka
dengan penyusunan kitab ini dapat memberi kefahaman kepada masyarakat
tentang tuntutan sebenar niat ketika takbiratul ihram dan hukum hakam yang
berkaitan dengannya.
No comments:
Post a Comment