Matn
al-Zubad (متن الزبد), juga dikenali dengan kitab Manzhumah Shafwah
al-Zubad atau Alfiyyah al-Zubad fi al-Fiqh al-Syafi’i merupakan
salah sebuah karya fiqh dalam mazhab al-Syafi’i dalam bentuk puisi (nazam) yang
mengandungi lebih daripada 1,000 bait yang sangat terkenal di seluruh dunia
Islam. Sejak dari dahulu sehingga kini penghafalan Matn al-Zubad diberi
penekanan oleh institusi-institusi tradisional Islam seperti di pondok-pondok
atau pesantren-pesantren.
Matan Zubad adalah hasil karya Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Husain bin Hasan
bin ‘Ali bin bin Ruslan al-Ramli
al-Maqdisi al-Syafi’i
(753H -844H). Ulama yang dikenali dengan Ibn
Ruslan dilahirkan di Bandar Ramlah, Palestin dan wafat di Baitulmaqdis, Palestin.
Dikatakan kitab Matn al-Zubad susunan Ibn Ruslan ini sebenarnya berasal dari sebuah karya HibatuLlah bin Abd al-Rahim al-Barazi (645-738H), iaitu sebuah kitab yang disusun kembali dari Matn Abu Syuja’ dengan beberapa penambahan oleh pengarangnya. Wallahu a’lam.
Dikatakan kitab Matn al-Zubad susunan Ibn Ruslan ini sebenarnya berasal dari sebuah karya HibatuLlah bin Abd al-Rahim al-Barazi (645-738H), iaitu sebuah kitab yang disusun kembali dari Matn Abu Syuja’ dengan beberapa penambahan oleh pengarangnya. Wallahu a’lam.
Kandungan Matn al-Zubad;
Secara umumnya Matn al-Zubad boleh dibahagikan kepada 4 bahagian, iaitu;
1. Pendahuluan (Tamhid)
2. Bidang Aqidah( al-Muqaddimah fi ‘Ilm al-Ushul)
3.
Bidang
Fiqh: menerangkan mengenai masalah-masalah fiqh menurut mazhab al-Syafi’i, bermula
dengan Kitab al-Thaharah hingga kitab al-Qadha’, iaitu meliputi semua masalah
fiqh yang biasa disentuh oleh para fuqaha. Perbincangan mengenai bidang fiqh
merupakan kandungan utama kitab ini.
4.
Penutup
(al-Khatimah fi ‘Ilm al-Tashawwuf); diterangkan secara ringkas mengenai bidang tasawwuf.
Matn al-Zubad
ini telah mendapat perhatian yang tinggi di kalangan ulama fiqh mazhab
al-Syafi’i. Mereka telah menyusun beberapa buah kitab fiqh yang menjadi rujukan
dalam mazhab al-Syafi’i sebagai syarah
(huraian) Matn al-Zubad. Di antara syarah kitab al-Zubab ialah;
1. Ghayah al-Bayan Fi Syarh Zubad ibn Ruslan; karya al-‘Allamah Syamsuddin Muhammad bin Abu al-Abbas Ahmad
al-Ramli.
2. Mawahib al-Shamad Fi Hall Alfaz al-Zubab; karya Syaikh Ahmad bin Hijazi al-Fasyani.
3. Ifaadah al-Saadah al-Umad bi Taqrir Ma’ani Nazam al-Zubad ; karya al-‘Allamah al-Sayyid Muhammad bin Ahmad bin ‘Abd al-Baari
al-Ahdal.
4. Faidh al-Manan Syarh Zubad Ibn Ruslan; karya al-‘Allamah al-Sayyid Yusuf bin Muhammad al-Bathah al-Ahdal.
5.
Fath al-Mannan Tarjamah li Shafwah al-Zubad; karya al-Syaikh Daud bin Syaikh Wan
‘Abdullah al-Fathani.
Untuk mengetahui lebih lanjut kandungan Matn
al-Zubad, sesiapa yang berminat boleh mendownload Matn al-Zubad di Link Download atau di pautan berikut;
http://ia341341.us.archive.org/2/items/alfiyat-zobad/alfiyat-zobad.pdf http://www.al7ewar.net/forum/up/uplo0ads/1209393929.zip
Semoga bermanfaat.
ramlah?
ReplyDeleteKota Ramla, Ramleh, Ramle (الرملة) -sekarang adalah sebuah kota di Israel yang berpenghuni orang Yahudi dan Arab. Terletak sekitar 20 km tenggara Tel Aviv dan di selatan Lod. lihat https://id.wikipedia.org/wiki/Ramla
Delete