Kitab al-Durar al-Bahiyyah fiima yalzamu al-Mukallaf min
al-‘ulum al-syar’iyyah (الدرر البهية فيما يلزم
المكلف من العلوم الشرعية) adalah sebuah kitab yang disusun oleh Syaikh al-‘Allamah Abu
Bakr Utsman bin al-‘Arif Billah Sayyid Muhammad Zainuddin Syatha al-Dimyathi
al-Syafi’i.
Syaikh Abu Bakr bin Muhammad Syatha al-Dimyathi (أبي بكر بن محمد شطا
الدمياطي) dilahirkan pada
tahun 1266H/1850M dan wafat tahun 1310H/1893M. Beliau merupakan seorang guru yang terkenal di Masjid al-Haram
Makkah dan salah seorang murid al-‘Allamah Sayyid Ahmad Zaini Dahlan Mufti
al-Syafi’iyyah di Makkah al-Mukarramah pada zamannya.
Syaikh Abu Bakr Syatha telah menyusun kitab ini dengan
menghimpunkan ilmu-ilmu yang patut diketahui dan diamalkan oleh setiap muslim
yang mukallaf. Kitab ini dimulai dengan sebuah muqaddimah yang menerangkan
kelebihan ilmu dan kelebihan ilmu fiqh berbanding dengan ilmu yang lain.
Seterusnya Syaikh Abu Bakr Syatha telah menerangkan di fasal pertama kitabnya
mengenai asas aqidah yang perlu diketahui. Kemudiannya beliau menerangkan
mengenai beberapa kewajipan mukallaf dan perkara yang berkaitan dengan fiqh
al-ibadah yang terkandung dalam rukun Islam dan yang berkaitan dengannya. Boleh
dikatakan kandungan utama kitab ini adalah mengenai bidang fiqh beraliran
mazhab al-Syafi’i.
Syaikh Abu Bakr Syatha
mengakhiri kitab beliau ini dengan sebuah al-khatimah (penutup) yang
mengandungi beberapa huraian ringkas mengenai bidang tasawwuf. Kitab ini
selesai disusun pada bulan Zulkaedah 1303H.
Berikut saya lampirkan isi kandungan kitab al-Durar
al-Bahiyyah ini berdasarkan kitab yang dicetak di India oleh Maktabah Isya’at
al-Islam.
1. Muqaddimah
2. Alamat ( tanda-tanda) Keimanan
3. Sifat-sifat Allah
4. Kewajipan Mukallaf
5. Fasal Mengenai Hukum Syarak
6. Fasal Mengenai Bersuci (Thaharah)
7. Fasal mengenai Qadha Hajat
8. Fasal mengenai Istinjak
9. Berwuduk
10. Menyapu Khuf dan Tayammum
11. Mandi
12. Haid
13. Nifas
14. Waktu-waktu Solat
15. Solat Berjemaah
16. Solat Jumaat
17. Solat Musafir
18. Solat Sunat
19. Kaifiat Solat Jenazah
20. Zakat
21. Puasa
22. Iktikaf
23. Haji dan ‘Umrah
24. Penutup (Khatimah)
Kitab
ini telah diberikan huraian (syarah) oleh al-‘Allamah Syaikh Abdul Hamid bin
Muhammad Ali Qudus bin Abdul Qadir al-Khathib (1280-1335 /1863-1917), melalui
karyanya yang berjudul al-Anwar al-Saniyyah ‘ala al-Durar al-Bahiyyah (الدرر البهية الأنوار السنية على).
Kitab ini boleh didownload di pautan berikut Link Download . 4Shared.
No comments:
Post a Comment