Kitab Fatawa
Imam al-Ghazali merupakan sebuah kitab yang menghimpunkan beberapa
fatwa-fatwa Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Thusi (450-505H) mengenai
masalah fiqh menurut mazhab al-Syafi’i. Dalam kitab ini terdapat sebanyak 190
masalah yang telah dihuraikan Imam al-Ghazali berdasarkan persoalan-soalan yang
dikemukakan kepada beliau.
Sebagaimana
yang kita ketahui Imam al-Ghazali adalah seorang ulama fiqh terkemuka dalam
mazhab al-Syafi’i. Kitab-kitab fiqh karyanya seperti al-al-Basith, al-Wasith dan
Wajiz
telah menjadi rujukan utama para ulama selepas beliau.
Kitab Fatawa ini boleh dikategorikan sebagai kitab yang langka, kerana susah untuk dapatkannya. Tidak sebagaimana kitab-kitab beliau yang lain seperti Ihya’ ‘Ulumiddin dan karya-karya tasawwufnya banyak beredaran di pasaran, sama ada dalam bahasa ‘Arab maupun terjemahannya dalam berbagai bahasa.

Setakat
maklumat yang saya dapati terdapat sebuah edisi kitab ini yang telah cetak dan
telah dicopy dalam file PDF. Kitab ini telah dtahqiq oleh Musthafa Mahmud Abu
Shawi dan diterbitkan oleh Ma’ahad al-‘Ali al-‘Alami li al-Fikr wa al-Hadharah
al-Islamiyyah (ISTAC), Kuala Lumpur pada tahun 1996. Bagi mendapat
maklumat lanjut mengenai kitab ini dan membaca isi kandungannya, sila download
kitab ini pada pautan di bawah. Semoga dengan adanya kitab ini boleh menjadikan
wasilah keberkahan dan mengabadikan ilmu-ilmu para ulama yang menjadi para
pewaris para Nabi.
فتاوى الإمام الغزالي - رحمه الله
حققه: مصطفى محمود
أبو صوى.
طبعة: المعهد العالي العالمي للفكر والحضارة الإسلامية,
كوالا لمبور - ماليزيا.
Download
Kitab PDF
No comments:
Post a Comment