Kitab al-Arba’in al-Nawawiyyah (), ia lebih dikenali
dengan nama Hadis Arba'in Nawawi ataupun Hadis Empat Puluh. Ia merupakan karya
Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676/1277) atau lebih
terkenal dengan Imam al-Nawawi. Kitab al-Arbain adalah sebuah kitab kecil yang
paling padat dengan hikmah dan ilmu. Ia memuatkan 42 buah hadis yang merupakan
hadis berbentuk penjelasan dasar-dasar Syari'at Islam. Terlalu banyak pujian
dan sanjungan dari para ulama sejak dahulu hingga kini terhadap karya ini.
Kitab tersebut cukup dikenali dan tersebar ke serata dunia dan diterjemahkan ke
pelbagai bahasa.
Asal Kitab al-Arba’in al-Nawawiyyah
Diriwayatkan bahawa Syaikh al-Islam Taqiyuddin Abu Amr
Utsman bin Musa al-Syarzuki, atau lebih dikenali dengan nama Ibn al-Sholah yang
wafat pada tahun 643H, telah menghimpunkan hadis-hadis yang bersifat
komprehensif ke dalam bukunya yang berjudul al-Ahaadits al-Kuliyyah (),
yang dikatakan merangkumi dasar-dasar agama Islam. Kitab tersebut memuatkan
sebanyak dua puluh enam hadis. Kemudiannya, Imam al-Nawawi (676H), menyalin
semua dua puluh enam hadis-hadis tersebut, serta menambahkan hadis-hadisnya
sehingga menjadi berjumlah empat puluh dua hadis ke dalam bukunya “al-Arba’in
al-Nawawiyah ” yang sangat terkenal, banyak menjadi hafalan, dan Allah
menjadikannya begitu bermanfaat berkat keikhlasan penyusun dan kebaikan
maksudnya.
Kitab-kitab Huraian (Syarah) Kitab al-Arba’in
al-Nawawiyyah
Para ulama yang muncul selepas al-Nawawi sangat mengambil
perhatian terhadap kitab al-Arbain ini dengan menghasil berbagai karya bagi
menghuraikan (syarah) 42 hadis yang terkandung dalamnya supaya manfaatnya
tersebar di kalangan masyarakat. Antara kitab-kitab syarah bagi Kitab
al-Arba’in al-Nawawiyyah dalam bahasa Arab yang telah diterbitkan;
1.
Syarh Ibn Daqiq al-‘Iyd, karya Taqiyuddin
Abu al-Fath Muhammad bi ‘Ali bin Wahab al-Mishri al-Qusyairi (702H). Beliau
terkenal dengan nama Ibn Daqiq al-‘Iyd.
2. al-Ta’yin fi Syarh al-Arba’in, karya al-‘Allamah Najmuddin Sulaiman bin ‘Abdul Qawiy bin ‘Abdul
Karim al-Thufi al-Hanbali (716H).
3. Syarh al-‘Allamah al-Syaikh Sa’duddin bin ‘Umar al-Taftazani (791H).
4. Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam fi
Syarh Khamsin Haditsan min Jawami’ al-Kalim, karya
al-Hafizh Ibn Rajab Zainuddin Abu al-Farj
‘Abdul Rahman bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Hanbali (795H). Dalam kitab
ini beliau menghuraikan 50 hadis, iaitu 42 hadis dari Kitab al-Arbai’in
al-Nawawiyyah dan ditambah lagi dengan 8 hadis yang lain.
5.
al-Fath al-Mubin Syarh al-Arba’in, karya
Syihabuddin Ahmad Ibn Hajar al-Haytami (974H).
6. al-Majalis al-Sunniyyah fi
al-Kalam ‘ala al-Arba’in al-Nawawiyyah, karya al-Syaikh
Ahmad bin Hijaz al-Fasyni (978H).
7.
al-Jawahir al-Bahiyyah fi Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah, karya al-Syaikh Abu al-Fadhl Muhammad Waliyuddin bin ‘Ali Salim
al-Syasyriy (989H).
8.
al-Futuhat al-Wahabiyyah bi Syarh al-Arba’in Haditsan al-Nawawiyyah, karya Syaikh Ibrahim bin Mar’i
bin ‘Athiyyah al-Syarhiti
(1106H).
9.
al-Mubin al-Mu’in li Fahm al-Arba’in, karya
Mulla ‘Ali bin Sulthan bin Muhammad al-Qari al-Harawi al-Makki al-Hanafi (1114H).
10. Syarh al-Arba’in karya al-‘Allamah al-Syaikh Muhammad Hayat al-Sindi
(1163H).
11. ‘Arus al-Afrah, karya Syaikh Abdullah bin Muhammad al-Nairwai al-Syafi’i (1275H).
12. al-Jawahir al-Lukluiyyah fi
Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah, karya Syaikh Muhammad
bin Abdullah al-Jardani al-Dimyathi al-Syafi’I (1331H).
13. Syarh al-Arba’in Haditsan
al-Nawawiyyah, karya Abdul Majid al-Syarnubi al-Azhari
al-Maliki (1348H).
14. al-Syuruh al-Arba’ah ‘ala
al-Arba’in al-Nawawiyyah, karya para ulama Fes
Maghribi, iaitu Syaikh Ahmad bin Muhammad al-Tawadi bin Sodah, Syaikh Abdul
Qadir bin Ahmad bi Saqrun, Syaikh Muhammad bin Ahmad Banis dan al-Thayyib bin
Abdul Majid Ibn Kirat.
15. al-Nuzhah al-Bahiyyah fi Syarh
Ahadits al-Arba’in al-Nawawiyyah, karya Syaikh
Qasim al-Qaisi . Karya beliau ini pertama kali diterbitkan pada tahun 1372H.
16. al-Syarh al-Mujiz al-Mufid, karya al-Syaikh Abdullah bin Shalih al-Muhsin.
17. al-Tuhfah al-rabbaniyyah fi
Syarh al-Arba’in Haditsan al-Nawawiyyah, karya
Ismail bin Muhammad al-Anshari (1317H).
18. al-Minhah al-Khairiyah fi Arba’in Hadith min Ahadits Khair al-Bariyyah, karya Syeikh al-‘Allamah Muhammad
Mahfuz bin Abdullah bin Abdul
Mannan al-Turmasi (1285-1329H)
19. Syarh al-Alfazh al-Gharibah fi
al-Arba’in al-Nawawiyyah, karya Muhyiddin Mistu.
20. al-Wafi fi Syarh al-Arba’in
al-Nawawiyyah, karya Muhyiddin Mistu dan Dr. Mustafa al-Bugha.
21. al-Mukhtar fi Syarh al-Arba’in
al-Nawawiyyah, karya Abdul Khaliq Mas’ud.
22. al-Bayan fi Syarh al-Arba’in
al-Nawawiyyah, karya Khalid al-Baythar.
23. al-Mukhtar min Syarh al-Arba’in
al-Nawawiyyah, karya Muhammad Adib al-Hamud.
24. Qawa’id wa Fawa-id min
al-Arba’in al-Nawawiyyah, karya Syaikh Nazhim bin
Muhammad Sulthan.
25. Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah
fi al-Ahadits al-Shahihah al-Nabawiyyah, karya
Mahmud bin Abdul Qadir al-Arnauth.
26. Syarh al-Arba’in al-Nawawiyyah
fi Tsawb Jadid, karya Abdul Wahhab bin Rasyid Abu Shafiyyah.
27. Syarh al-Arba’in
al-Nawawiyyah, karya Dr. Mahmud Bikar Zakariyya.
28. Iydhah al-Ma’ani al-Khafiyyah
fi al-Arba’in al-Nawawiyyah, karya Muhammad
Tatay.
29. Min Misykat al-Nubuwwah Syarh
al-Arba’in al-Nawawiyyah, karya Syaikh Muhammad Shalih
Furfur (1407H).
30. Syarh al-Arba’in Haditsan
al-Nawawiyyah wa Mulhaqatih, karya Abdul ‘Aziz
‘Izzuddin al-Sairawan.
Kitab Huraian (syarah) al-Arba’in dalam bahasa Melayu;
Antara huraian
Hadith 40 dalam bahasa Melayu yang sekadar dapat saya catatkan dalam artikel
ini. Sebenarnya banyak lagi karya penulis tempatan yang menghuraikan karya
al-Nawawi ini;
1. Hadith 40 (Terjemahan dan Syarahnya), karya al-Fadhil Ust. Mustafa
Abdul Rahman (1968M).
2. Kuliah Subuh pada membicarakan hadis 40 , karya Syed Ahmad Semait
Semoga bermanfaat.
Kitab Huraian (syarah) al-Arba’in dalam bahasa Melayu yang lain yang telah saya beli adalah:-
ReplyDelete(Dalam saiz berbentuk buku mini);
JUDUL BUKU:-
HADIS 40 IMAM NAWAWI - Bergambar dan Grafik Warna Penuh
Huraian dan intisari padat dan ringkas
OLEH: Dr. Haji Zahazan Mohamed dan Haji Muhammad Zakaria
PENERBIT: Telaga Biru Sdn. Bhd.
CETAKAN PERTAMA: Januari 2011
al-Ta’yin Fi Syarhi al-Arba’in, dimana bisa mendapatkannya????
ReplyDelete