Buku Karya
Klasik Melayu Islam merupakan sebuah karya ilmiah yang dihasilkan oleh Dr. Mahayudin Hj. Yahaya(1942- ) seorang
pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, yang aktif dan produktif dengan penghasilan
karya ilmiahnya.
Buku Karya
Klasik Melayu Islam ini telah
diterbitkan olehh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan cetakan pertamanya pada tahun
2000. Jumlah halamannya sebanyak 366
halaman.
Buku ini mengkaji beberapa buah manuskrip lama hasil tulisan ulama-ulama terkenal termasuk Hamzah Fansuri, Burhan al-Din al-Kurani, Syihab al-Din al-Jawi dan Abu al-Fauz al-Marzuqi. Sejumlah 86 buah manuskrip Melayu-Islam telah dipilih untuk dijadikan bahan kajian dan lima daripadanya telah ditaransliterasi dan dianalisis kandungannya. Kajian ini bertujuan untuk membuat pendedahan serta memberi peluang kepada kepada generasi masa kini untuk memahami dan mendalami ilmu dan pemikiran silam. Ini juga merupakan usaha kesarjanaan terhadap bidang yang kurang diberi perhatian berbanding dengan penyelidikan bidang-bidang lain. Oleh itu, kajian ini amat penting dan bermanfaat bagi mengembalikan kegemilangan dan keluhuran tamadun silam dalam usaha membina ilmu pada masa akan datang.
Antara kitab Jawi yang telah ditransliterasikan
dengan tulisan rumi adalah ( naskhah bertulisan Jawi juga turut disertakan);
- al-Muntahi, terjemahan karya Syeikh Hamzah
Fansuri.
- Kasyf al-Muntazhar Li ma Yarahu al-Muhtadhar,
terjemahan karya Syeikh Burhan al-Din Malik Ibrahim Bin Hasan al-Kurani.
- al-Risalah, terjemahan karya Syeikh Syihab
al-Din Bin Abdullah Muhammad al-Jawi.
- Aqidah al-Awam, terjemahan karya Abu al-Fauz al-Marzuqi.
- Hadis-Hadis Nabi, terjemahan karya Tanpa Nama Pengarang.
No comments:
Post a Comment