Kitab " Majmu' al-Rasa-il al-Darqawiyyah " مجموعة رسائل الدرقاوي merupakan himpunan
surat-surat yang ditulis oleh Mawlay al-'Arabi
al-Darqawi r.a, yang menjadi pengasas bagi Tarikat Darqawiah iaitu suatu
cawangan daripada Tarikat Syazaliah yang diasaskan oleh Syeikh Abu Hassan al-Syazali
r.a. pada abad yang ke 7 hijriah bersamaan dengan abad yang ke 13 masihi. di
negeri Maghribi (Morocco).
Nama
penuhnya ialah Abu Abdullah Muhammad 'Arabiy bin Ahmad al-Darqawi al-Hasani
dari keturunan Sayidina 'Ali bin Abi Thalib melalui anakandanya al-Hassan
r.anhuma. Tarikh kelahirannya tidaklah di ketahui dengan pasti, tetapi dianggarkan pada tahun 1150H, bersamaan 1737 M. Beliau wafat pada tahun 1239 Hijriah
bersamaan 1823 M, dalam lingkungan usia 80an tahun. Beliau mengambil Tarikat
Syazaliah daripada Mawlay Abu Hasan 'Ali, yang bergelar al-Jamal, dan menjadi
pengganti syeikhnya pada tahun 1193 Hijriah bersamaan 1779 M. (lihat lebih
lanjut mengenai beliau di pautan http://dakwahsufi.blogspot.com/2010/08/moulay-al-arabi-al-darqawi.html
atau http://www.dar-sirr.com/Moulay_alArabi_Darqawi.html
(bahasa Inggeris).
Di antara sumbangan terbesar Mawlay al-‘Arabi al-Darqawi
ialah surat-surat yang ditulis beliau kepada anak-anak muridnya yang
mengandungi nasihat-nasihat berbentuk kerohanian yang kini sudah di salin dan
di cetak oleh muridnya dan beberapa orang yang terbabit. Suratnya di cetak
banyak kali di kota Fez dengan chop batu. Surat ini masih di baca di zawiyah-zawiyah
tarikat Darqawiyyah dengan syarahnya. Kandungannya membicarakan tentang kaifiat
mujahadah untuk memdampingkan diri ke hadrat Allah Taala. Mengenal nafsu dan
ruh, mengenal selok belok nafsu dan cara2 mengatasi gangguan nafsu dan syaitan
dan beberapa sudut makrifat. Analisanya terhadap sakit jiwa dan pengubatannya
secara rohaniah adalah lebih tepat dan mengatasi mana-mana huraian yang
terdapat di dalam psikologi moden yang bersifat sekular.
Mengenai surat Mawlay al-‘Arabi al-Darqawi ini, Syeikh
Muhammad bin Muhammad Makhluf menyatakan di dalam kitabnya “Syajarah al-Nur al-Zakiyyah,: “ Dan
risalah-risalahnya itu teredar di kalangan manusia, baginya pada
risalah-risalah itu terdapat nafas yang di berkati lagi luhur ”.
Berikut dilampirkan sedutan terjemahan daripada
surat-surat al-Syeikh al-‘Arabi al-Darqawi al-Syazali al-Maliki;
“ Jikalau engkau menghendaki perjalananmu dipendekkan supaya segera engkau sampai kepada tahqiq atau mencapai kesedaran ruhaniah, maka hendaklah engkau berpegang teguh kepada faraidh yakni segala amalan yang fardhu [didalam teks asal disebut – waajibaat yakni perkara-perkara yang diwajibkan] dan kepada segala nawafil yakni segala amalan yang sunat. Pelajari ilmu zahir setakat yang tidak dapat tidak (yakni fardhu ain) untuk beribadat, tetapi jangan berlengah-lengah menghabiskan waktu padanya, kerana engkau tiada dikehendaki mempelajarinya secara mendalam, apa yang perlu bagimu ialah bahawa engkau memperdalami ilmu bathin (yakni ilmu selok-beluk hati atau ilmu jalan ke akhirat atau ilmu tasawwuf). Lawanlah nafsumu, nescaya engkau akan melihat pelbagai keajaiban al-khalq al-karim (yakni “budi pekerti yang mulia”) tiada lainnya melainkan tasawuf kaum shufi, sebagaimana ianya agama bagi orang yang berpegang kepada agama. (Semoga laknat Allah lah atas orang-orang yang berdusta)
Demikian pula, sentiasalah jauhi daripada terikat kepada keseronokan atau kelazatan yang datang melalui saluran pancaindera, kerana ia adalah lawan daripada pengalaman ruhaniah atau kehidupan secara ruhaniah, dan dua yang berlawanan ini tak mungkin bertemu, yakni tak mungkin dihimpunkan sekali. Tiap-tiap engkau memperkuatkan pancaindera (yakni dengan menumpukan perhatian kepada keinginan-keinginan jasmani) maka engkau memperlemahkan ruh, demikanlah ‘akasnya [sebaliknya].
Dengarlah apa yang berlaku pada syaikh kami r.’a pada permulaan perjalanan ruhaniyahnya. Ia baharu sahaja memukul tiga takaran gandum lalu diberitahunya kepada syaikhnya bahawa ia telah perbuat demikan. Maulay al-‘Arabi bin ‘Abdullah berkata kepadanya: “Kian engkau tertumpu kepada pengalaman atau kelazatan-kelazatan pancaindera (yakni syahwat jasmaniah), maka kian berkuranglah engkau dalam pengalaman atau kelazatan ruhaniah, maka kian engkau tertumpu pada kepada pengalaman atau kelazatan ruhaniah, maka kian engkau berkuranglah engkau tertumpu atau terikat kepada pengalaman dan kelazatan pancaindera ”. (petikan dari http://al-fanshuri.blogspot.com/search/label/Risalah%20Darqawi).
Kitab
ini telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dunia, termasuklah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sebahagian
terjemahan bahasa Melayu kitab ini boleh dibaca di pautan berikut; http://al-fanshuri.blogspot.com/search/label/Risalah%20Darqawi.
Download
kitab ini dengan versi Arab nya di pautan berikut;
2. Letters of Mawlay al-Arabi
al-Darqawi (pdf-arab)
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment