Kitab al-Iqna' fi
Hall Alfazh Abi Syuja' ( الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع ) merupakan
sebuah kitab fiqh mazhab al-Syafi'i yang
terkenal di kalangan ulama mazhab al-Syafi'i yang mutaakhir. Kitab ini adalah
hasil karya al-Syaikh Syamsuddin Muhammad bin Muhammad al-Khathib al-Syarbiniy
(977H) sebagai huraian (syarah) bagi sebuah matan fiqh yang terkenal, iaitu
Matn al-Taqrib atau terkenal dengan nama Matn Abi Syuja' sempena nama pengarangnya al-Qadhi Abu
Syuja’, Syihabuddin Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashbahani(533-593H).
Kitab al-Iqna’ ini menjadi kitab standard bagi kebanyakan
pusat pengajian Islam sama ada peringkat menengah maupun peringkat pengajian
tinggi di universiti-universiti di Timur Tengah. Di Malaysia, ia dijadikan teks
pengajian fiqh Syafi’iyyah di pondok-pondok.
Berdasarkan beberapa edisi Arabnya, kitab ini mempunyai dua
juz, yang digabungkan dalam sebuah buku.
Saya dapati kitab ini ada diterjemahkan ke dalam bahasa
Melayu dan diterbitkan oleh Syarikat Perniagaan Jahabersa. Sebagaimana edisi
Arabnya, kitab terjemahan ini juga mempunyai dua juz yang digabungkan dalam
sebuah buku yang agak tebal, iaitu 1082 halaman.
Di antara kitab hasyiah bagi kitab al-Iqna’ ialah;
a) Hasyiah
‘ala al-Iqna’, karya al-Imam al-Qalyubi, Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin
Salamah, Syihabuddin al-Qalyubi al-Mishri (1069H/1659M).
b) Tuhfah
al-Habib 'ala Syarh al-Khathib (تحفة الحبيب على شرح الخطيب), karya al-‘Allamah Syaikh Sulaiman bin
Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi al-Azhari (1131-1221H). Kitab ini terkenal di
kalangan ulama mazhab Syafi’i sebagai
al-Bujairimi ‘ala al-Khathib. Baca lagi ...
c) Hasyiah
al-Nabrawi ‘ala al-Iqna’ (حاشية النبراوى على الاقناع شرح الخطيب لأبي شجاع) (masih hidup tahun 1257H), karya Syaikh Abdullah
bin Muhammad al-Nabrawi. Berdasarkan terbitan Dar al-Kutub
al-‘Ilmiyyah, ia dicetak dalam 3 jilid. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan حاشية النبراوى على الاقناع.
Semoga bermanfaat.
Sangat bermanfaat!.جزاك ألله خيرا
ReplyDelete