Kitab al-Zawaajir
‘an Iqtiraaf al-Kaba’ir (الزواجر عن اقتراف الكبائر) merupakan sebuah karya al-Imam Syihabuddin Abu al-'Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin
Hajar al-Makki al-Haytami (909-973H),
seorang tokoh ulama’ mazhab Syafi’i yang terkenal. Tokoh yang terkenal dengan
gelaran Ibnu Hajar al-Haytami atau al-Haytami ini merupakan
tonggak mazhab Syafi’i pada zamannya. Karya-karya beliau menjadi rujukan para
ulama mazhab Syafi’i yang mutaakhirin. Di antara kitab beliau yang paling
terkenal ialah kitab Tuhfah al-Muhtaj
Syarh Minhaj, iaitu sebuah kitab yang menghuraikan kitab Minhaj
al-Thalibin karya Imam Muhyiddin Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).
Kitab yang biasa
disebut dengan judul ringkasnya “al-Zawajir” ini, disusun khusus oleh
Ibnu Hajar al-Haytami bagi mengupas dan membincangkan mengenai perbuatan atau
amalan yang dikategorikan sebagai dosa besar.
Kitab al-Zawajir ini ditulis oleh Ibn Hajar al-Haytami pada
pertengahan tahun 953 Hijrah. Dalam pembukaan kitabnya itu, tokoh ulama
terkemuka ini mengaku tertarik untuk menuangkan buah fikirannya yang berkaitan
dengan hal ehwal dosa besar.
Beliau memiliki satu keazaman yang kuat untuk melahirkan sebuah kitab yang khusus mengupas dosa besar dari berbagai aspek, meliputi; definisi, hukum, serta janji dan ancaman akibat meninggalkan ataupun melakukan sesuatu dosa. Tak mudah bagi Ibn Hajar al-Haytami untuk menyelesaikan kitabnya itu. Bahkan, rencana untuk menulis kitab itu sempat tertunda beberapa lama lantaran tiadanya rujukan dan materi yang secara spesifik mengupas tema tentang dosa-dosa besar. Namun, beliau berjaya juga menyusun kitab ini. Kata Ibn Hajar al-Haytami dalam prakata kitabnya;
Beliau memiliki satu keazaman yang kuat untuk melahirkan sebuah kitab yang khusus mengupas dosa besar dari berbagai aspek, meliputi; definisi, hukum, serta janji dan ancaman akibat meninggalkan ataupun melakukan sesuatu dosa. Tak mudah bagi Ibn Hajar al-Haytami untuk menyelesaikan kitabnya itu. Bahkan, rencana untuk menulis kitab itu sempat tertunda beberapa lama lantaran tiadanya rujukan dan materi yang secara spesifik mengupas tema tentang dosa-dosa besar. Namun, beliau berjaya juga menyusun kitab ini. Kata Ibn Hajar al-Haytami dalam prakata kitabnya;
“ Hingga akhirnya, saya menemui sebuah kitab
karya al-Hafiz Abu Abdullah al-Zahabi
yang dapat memenuhi keperluan saya dan saya tidak perlu mencari rujukan yang
lain lagi ”.
Lalu Ibn Hajar al-Haytami melakukan penelitian
lebih jauh terhadap kitab yang disusun oleh al-Hafiz al-Zahabi yang berjudul “ al-Kaba’ir
” itu. Beliau akhirnya dapat menyiapkan penyusunan kitab ini sebagai
tatapan dan rujukan yang dapat membimbing umat Islam agar tidak tergelincir ke
jalan yang dimurkai Allah dan membawa mereka ke jalan yang diredai-Nya.
Kandungan kitab ini…
Kitab ini dimulai dengan sebuah prakata (Khutbah
Kitab) oleh Ibn Hajar al-Haytami yang menerangkan tujuan penyusunan kitab
dan ringkasan isi kandungan yang dibincangkan.
Setelah itu didahulukan sebuah “Muqaddimah”
, yang menerangkan definisi dosa besar dan pandangan ulama mengenai pembahagian
dosa dan jenis-jenisnya. Perbincangan secara umum mengenai akibat melakukan
dosa dan kewajipan perlunya sentiasa berhati-hati agar tidak terjerumus dalam
perbuatan dosa, sama ada dosa kecil atau besar.
Seterusnya Ibn Hajar al-Haytami membahagi
kandungan kitab al-Zawajir kepada dua bab utama. Dalam bab pertama,
beliau menjelaskan dosa-dosa besar yang muncul dalam diri (batin) seseorang.
Dosa besar ini tidak berkaitan secara langsung dengan pembahasan hukum fiqih.
Dalam bab ini dikemukakan lebih kurang 66 jenis dosa besar.
Sedangkan dalam bab kedua, beliau secara
khusus membincangkan tentang perbuatan lahir yang menyebabkan dosa besar dan
memiliki keterkaitan secara langsung dengan hukum fiqh. Beliau membincangkan permasalahan
hukum fiqh berdasarkan metode dan pendapat yang digunakan dalam Mazhab Syafi’i.
Penyusunan jenis-jenis dosa besar dalam bab ini juga menurut susunan bab fiqh
mazhab Syafi’i, untuk memudahkan penganalisisan masalah, - dimulai dari yang
paling buruk seterusnya hingga yang paling ringan. Dalam bab ini dikemukakan
lebih kurang 137 jenis dosa besar.
Ibn Hajar al-Haytami melengkapi karyanya itu
dengan sebuah penutup (al-Khatimah) yang menghuraikan keutamaan dan
syarat-syarat taubat. Tidak hanya itu, beliau juga menyebutkan pula tentang neraka
yang penuh dengan berbagai seksaan dan surga yang penuh dengan berbagai kenikmatan. Beliau berharap
sumbangsih kecilnya itu mampu memberikan dorongan, sekaligus peringatan bagi
umat Islam agar menghindari berbagai tindakan yang boleh membawa kepada
melakukan dosa besar.
Dalam koleksi saya ada sebuah buku terjemahan
dalam bahasa Melayu yang diterbitkan Perniagaan Jahabersa, Johor dengan cetakan pertamanya pada tahun 2005.
Buku terjemahan ini diberikan judul “Dosa-dosa Besar”. Buku yang
diterjemahkan oleh Drs. Asmaji Aes Muhtar ini diterbitkan dengan ketebalan 432
halaman, tidak termasuk halaman isi kandungannya.
Satu kekurangan buku terjemahan ini yang ingin
saya kongsi bersama pembaca ialah tidak dilampirkan terjemahan bahagian
penutupnya, yang menerangkan keutamaan taubat dan syarat-syaratnya,
serta lainnya sebagai yang telah saya sebutkan di atas. Saya sangat berharap
pihak penerbit dapat mengambil perhatian untuk terbitan akan datang, kerana
perbincangan mengenai taubat sangat penting dan sangat berkait-rapat mengenai
keseluruhan isi kandungan buku ini.
Buku terjemahan ini adalah antara koleksi buku
mengenai dosa besar yang saya miliki, selain buku Dosa-dosa Besar
terjemahan al-Marhum Sayed Ahmad Semait bagi kitab al-Kaba’ir (الكبائر) karya al-Hafiz al-Zahabi.
Download kitab edisi ‘Arabnya di pautan berikut;
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment