Kitab al-Bayan
fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’i (البيان في فقه مذهب
الشافعي) merupakan antara kitab fiqh yang menjadi rujukan para ulama
mazhab al-Syafi’i. Kitab yang lebih dikenali dengan singkatannya ‘al-Bayan’ ini
disusun oleh al-Imam Abu Husain Yahya bin
Abu al-Khair Salim al-‘Imrani al-Yamani (489-558H). Beliau adalah seorang tokoh
ulama mazhab al-Syafi’i yang terkenal pada zamannya.
Kitab
al-Bayan disusun oleh Imam Yahya al-‘Imrani sebagai huraian (syarah) bagi kitab
al-Muhazzab (المهذب ), iaitu sebuah karya Imam Abu Ishaq Ibrahim bin Ali al-Fayruzabadi al-Syirazi (476H). Kitab al-Bayan merupakan antara
kitab huraian bagi kitab al-Muhazzab yang paling terkenal dan menjadi rujukan
para ulama selepasnya dalam menghasilkan karya-karya fiqh dalam mazhab Syafi’i.
Bahkan Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H) ketika menghasilkan kitab al-Majmu’ (
المجموع )–nya, iaitu kitab huraian kepada kitab al-Muhazzab juga telah menyebut nama
kitab al-Bayan sebagai karya fiqh yang sangat bermutu dan besar faedah.
Kitab ini
telah diterbitkan oleh Dar al-Minhaj dalam 14 jilid termasuk jilid fihris (isi
kandungan) nya. Jilid fihris diasingkan. Jilid tersebut mengandungi fihris ayat
Quran, Hadis, Athar, akhbar, A’lam, fawa’idul bayan, asy’ar, kalimah masyruhah,
mawarid mualif, masodir tahqiq dan sebagainya yang berkaitan.
Kandungan
kitab ini….
Secara umumnya
kandungan kitab al-Bayan ini bermula dari bab taharah (bersuci) dalam jilid pertama
hinggalah bab ikrar di dalam bab yang ke sebelas. Berikut kandungannya mengikut
jilidnya;
Jilid 1 -Merupakan
jilid yang membahaskan bab taharah (bersuci). Dibahagikan mengikut perbahasan
bermula dengan perbahsan mengenai apa yang dibenarkan dan tidak dibenarkan
daripada air hinggalah bab membuang atau menghilangkan najis.
Jilid 2 -Membahaskan
bab solat secara menyeluruh. Perbahasan merangkumi masalah umum hinggalah jemaah,
takbir, dan masalah solat-solat sunat. Terdapat banyak lagi pecahan masalah
yang tidak dapat saya selitkan disini. Apa yang mampu saya katakan, jilid kedua
mempuyai 711 muka surat termasuk fihris dan semua muka surat itu membincangkan
masalah solat sahaja.
Jilid 3 -Mengandungi
perbincangan yang melibatkan 4 pembahagian hukum iaitu bab jenazah, zakat,
puasa dan ‘itikaf. Bab jenazah membahaskan apa yang perlu kita lakukan ketika
berdepan dengan mayat, mandikan mayat, kafan, solat keatas mayat, membawa mayat
dan pengebumian, dan bab takziah keatas mayat.
Perbincangan
bab zakat pula bermula dari kewajipan zakat, dan diakhiri permasalahan sedekah
tathawwu’. Bab puasa dimulakan dengan perbincangan kewajipan puasa dan diakhiri
dengan puasa tathawwu’ dan malam lailatul qadr. Bab I’tikaf adalah bab yang
terakhir yang mengandungi permasalah yang paling sedikit dalam jilid ini dengan
dimulakan dengan perbincangan syarat I’tikaf hingga lah mengqada’kan I’tikaf
bagi mayat.
Jilid 4 -Membincangkan
masalah haji secara meyeluruh termasuk umrah.Bermula dari perbahasan memasuki
makkah dengan bukan sebab untuk menunaikan haji, diikuti perbahasan apa yang
halal dan yang haram ketika menunaikan haji/umrah, nazar, dan diakhiri dengan
bab sembelihan.
Jilid 5 - Dikhususkan
untuk membahas bab buyu’ (jualbeli). Jilid ini mengandungi berbagai permasalahan
yang melibatkan jualbeli.
Jilid 6 - adalah jilid yang boleh dikatakan sebahagian
dari urusan jualbeli, cuma penyusun memisahkan atau membahagikan kepada dua
bahagian iaitu yang terdapat di dalam jilid kelima dan jilid yang keenam ini adalah
jilid yang membahaskan bab-bab seperti pelaburan, hutang, pewarisan, syarikat
dan diakhiri dengan perbahasan dari segi bank. Terdapat banyak lagi pecahan
perbahasan didalam jilid ini yang tidak dapat saya nyatakan. Jilid ini mempunyai
558 muka surat termasuk fihris dan semuanya membincangkan masalah dalam
perniagaan.
Sekian maklumat
ringkas mengenai kandungan kitab al-Bayan ini. Untuk mengetahui kandungan jilid seterusnya pembaca bolehkan merujuk sendiri kitab ini. Kitab al-Bayan yang diterbitkan oleh Dar
al-Minhaj –dari Arab Saudi- berdasarkan semakan
dan tahqiq (editing) Qasim Muhammad al-Nuri ini, boleh didownload di pautan berikut;
http://www.waqfeya.com/book.php?bid=2690
http://adel-ebooks.sheekh-3arb.info/...y/Feqh/588.rar
http://www.waqfeya.com/book.php?bid=2690
http://adel-ebooks.sheekh-3arb.info/...y/Feqh/588.rar
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment