Tuesday, September 10, 2013

al-Mu'tamad fi al-Fiqh al-Syafi'i

 
Kitab al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’i (كتاب المعتمد في الفقه الشافعي) adalah antara kitab fiqh aliran mazhab al-Syafi’i yang terkini. Kitab ini adalah karya Prof Dr. Muhammad al-Zuhaili, iaitu adik kepada Prof Dr. Wahbah al-Zuhaili (pengarang kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu). Beliau merupakan Dekan Fakulti Syariah & Pengajian Islam di Universiti al-Syariqah, Syria.
 
Kitab al-Mu’tamad ini mengandungi perbahasan lengkap mengenai permasalahan fiqh mengikut pandangan mazhab al-Syafi’i. Ia pertama kali diterbitkan pada tahun 2007, oleh Darul Qalam, Syria. Kandungan kitab ini terangkum dalam 5 buah buku (jilid).
 
Dalam penyusunan kitab ini, Dr Muhammad al-Zuhaili bersumberkan kepada pendapat yang rajih (القول الراجح) dalam mazhab. Namun begitu, kadang-kadang beliau memasukkan juga pendapat yang dianggap marjuh (القول المرجوح) atau dha’if (الضعيف) dalam mazhab al-Syafi’i, jika ianya bertepatan dengan pendapat dalam mazhab yang lain. Beliau juga ada menerangkan dalil-dalil setiap permasalahan hukum yang dibincangkan menurut mazhab al-Syafi’i. Bagi memastikan kitab ini memberi faedah yang besar kepada pembacanya, setiap permasalahan fiqh yang dibincangkan dilengkapi dengan sumber rujukan yang diterangkan di bahagian nota kakinya. Setiap ayat al-Quran dinyatakan nombor ayat dan surahnya, manakala setiap hadis dinyatakan takhrijnya secara ringkas dengan merujuk kepada kitab-kitab hadis yang telah diterbitkan.
 
Perkara penting yang perlu diketahui oleh pembaca adalah tidak semua permasalahan fiqh yang dibincangkan oleh para ulama terdahulu di terkandung dalam kitab ini. Penyusun lebih menumpukan kepada permasalah fiqh yang sering berlaku  dan sedang diamalkan dalam realiti masyarakat kini. Beliau meningggalkan permasalah fiqh yang jarang berlaku atau tidak diamalkan dalam masyarakat masa kini seperti hukum perhambaan (أحكام الرقيق والعبيد) dan sebagainya. 
 
 
Terjemahan kitab ini….
 
Kitab al-Mu'tamad ini telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Saya ada melihatnya beberapa kali di sebuah kedai buku di Sandakan. Edisi terjemahan kitab ini telah diterbitkan oleh Jasmin Publications - Selangor, dalam 5 jilid (buku). Sekadar maklumat yang  saya perolehi dari penerbitnya kitab terjemahan ini masih ada dalam stok jualan mereka.

Kitab al-Mu'tamad edisi 'Arabnya boleh didownload di pautan   المعتمد في الفقه الشافعي
Semoga bermanfaat.

6 comments:

  1. Mohon dapat dicantumkan alamat email jasmin publication. Saya mau beli kitab terjemahannya.

    ReplyDelete
  2. Kitab al-Mu'tamad versi terjemahan B.Indonesia akan segera rilis pertengahan tahun 2017 ini oleh penerbit Gema Insani, Depok, Jabar.

    ReplyDelete
  3. benarkah akan diterbit oleh gema insani

    ReplyDelete
  4. حياكم الله
    Terlampau banyak sangat kesalahan cetakan (mungkinkah salah terjemah?) dalam terjemahan kitab ini yang diterbitkan Jasmin Publications yang boleh menyebabkan masyarakat umum tersasar jauh dari hukum yang sebenar. Jauh sangat maksud & maknanya bila dilihat dalam kitab asal bahasa arab.
    حماكم الله

    ReplyDelete
  5. Gema Insani sudah menerbitkan terjemah bahasa Indonesia kitab ini. Hingga tulisan ini dibuat, baru terbit 3 jilid. 2 jilid berikutnya masih dalam proses.

    ReplyDelete