Kitab al-Syamil al-Kabir ‘ala Mukhtashar al-Muzani (الشامل الكبير علي مختصر المزني), adalah sebuah
karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Abu Nashir Abdul Sayyid bin
Abdul Wahid al-Baghdadi (400-477H), yang terkenal dengan gelaran Ibn
al-Shabbagh. Kitab al-Syamil al-Kabir ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi
kitab Mukhtashar al-Muzani, karya al-Imam Abu Ibrahim Ismail bin Yahya
al-Muzani (264H). Kitab ini juga dikenali dengan judul al-Syamil fi al-Furu' (الشامل في الفروع).
Dalam kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’i, jika disebutkan kitab
al-Syamil (الشامل)
secara itlaqnya, tanpa perkataan al-Kabir (الكبير), maka yang dimaksudkan adalah kitab ini.
Kitab al-Syamil ini menjadi rujukan penting para ulama
mazhab Syafi’i, kerana isi kandungannya bukan sahaja memaparkan pandangan Imam
al-Syafi’i dan pandangan para ulama’ mujtahid mazhab Syafi’i sahaja, bahkan
memuatkan pandangan para imam mazhab yang lain. Kitab ini merupakan sebuah
ensiklopedia fiqh yang sangat bernilai yang penuh dengan permasalahan fiqh.
Kitab al-Syamil telah diberikan huraian (syarah) oleh Imam
Fakhr al-Islam Abu Bakr Muhammad bin Ahmad bin al-Husain bin ‘Umar al-Syasyi
al-Qaffal al-Faraqy al-Syafi’i (429-507H), yang terkenal dengan gelaran al-Qaffal al-Mustazhhari - melalui kitabnya al-Syafi Syarh
al-Syamil (الشافي شرح الشامل)[1]
[1] Beliau juga
mempunyai kitab yang lain yang mempunyai judul yang sama, iaitu kitab al-Syafi
Syarh Mukhtashar al-Muzani (الشافي شرح مختصر المزني ).
Kitab al-Syamil ini masih dalam bentuk manuskrip yang tersimpan di beberapa perpustakaan di Timur Tengah. Walau bagaimanapun, sebahagian kecil kitab ini telah dijadikan kajian ilmiah dan ditahkik oleh para pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi.
Sebahagian kandungan kitab ini boleh dimuat turun di
1. http://libback.uqu.edu.sa/hipres/ABS/ind13243.pdf (kitab Jenazah hingga permulaan bab puasa sunat ).
2. http://b7oth.com/?p=7759 ( Awal kitab Nikah hingga akhir bab larangan meminang atas pinangan orang lain)
Semoga bermanfaat.
Maksud dari pernyataan di bawah ini bagaimana ya Ustadz ? Saya mohon penjelasannya... Trims
ReplyDeleteDemikian pula apabila istrinya adalah seorang hamba sahaya, suami juga tidak boleh mencabut alat kelaminnya kecuali minta izin kepada yang memiliki hamba sahaya tersebut, atau -menurut salah satu pendapat- izin hamba sahaya itu sendiri. Berbeda dengan hamba sahaya milik pribadi.
Ada pun menurut Imam Malik, seorang suami yang mencabut alat kelaminnya saat sedang bersetubuh hukumnya makruh secara mutlak. Juga tidak boleh bagi wanita yang disetubuhi menerima uang imbalan, agar suaminya diperkenankan olehnya mencabut alat kelaminnya, lalu sewaktu-waktu dimasukkan kembali ke lubang vagina istri dengan keinginan suaminya.