Kitab Tuhfah al-Habib[1]
bi Syarh Nazhm Ghayah al-Tadrib fi al-Fiqh al-Imam al-Syafi’i (تحفة الحبيب بشرح نظم غاية التقريب في فقه
مذهب الإمام الشافعي) merupakan sebuah karya al-Imam Syaikh Ahmad bin
al-Hijazi bin Badir al-Fasyani (978H).
Kitab Tuhfah al-Habib ini disusun sebagai huraian (syarah)
bagi kitab Nihayah al-Tadrib fi
Nadzm Ghayah al-Taqrib (في نظم غاية
التقريب نهاية التدريب), iaitu sebuah kitab karya
al-Imam Syarafuddin Yahya bin Nuruddin bin Musa bin Ramadhan bin ‘Umairah
al-‘Imrithi (988H) yang disusun dalam bentuk nazam berdasarkan matan
Ghayah al-Taqrib
karya al-Qadhi Abu Syuja’ Syihabuddin Ahmad bin al-Hasan bin Ahmad al-Ashbahani
(434-500H).
Semoga
bermanfaat.
[1] Terdapat juga karya lain yang berjudul Tuhfah al-Habib, iaitu kitab Tuhfah al-Habib 'ala Syarh al-Khathib
atau terkenal dengan judul Hasyiah
al-Bujairimi ‘ala al-Khathib. Ia sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang
disusun oleh al-‘Allamah Syaikh Sulaiman
bin Muhammad bin ‘Umar al-Bujairimi al-Azhari (1131-1221H).
No comments:
Post a Comment