Sunday, August 12, 2012

Mughni al-Muhtaj ila Ma'rifah Ma'ani Alfaz al-Minhaj



Kitab Mughni al-Muhtaj ila Ma’rifah Ma’ani Alfaz al-Minhaj merupakan salah satu karya fiqh al-Shaykh Muhammad al-Khatib al-Syarbini (977H)  yang terkenal. Kitab Mughni al-Muhtaj ini adalah huraian (syarah) bagi kitab Minhaj al-Thalibin karya Imam al-Nawawi.

Kitab Mughni al-Muhtaj ini mendapat sambutan yang mengalakkan untuk dipelajari dan dirujuk kerana pengarang menggunakan bahasa yang mudah serta membahaskan satu-satu topik itu dengan menarik. Pandangan-pandangan  fiqh beliau adalah antara yang muktamad dalam mazhab Syafi‘i. Namun begitu, pandangan-pandangan beliau ini dikira muktamad untuk difatwakan jika sekiranya sesuatu masalah itu tidak disentuh dalam karya-karya al-Imam Ibn Hajar al-Haytami, al-Imam Syams al-Din al-Ramli dan al-Shaykh Zakariyya al-Ansari.


Kitab ini boleh didownload di pautan berikut:  http://www.waqfeya.com/book.php?bid=1134

No comments:

Post a Comment