Wednesday, August 8, 2018

PATI MUNYATUL MUSOLLI


Kitab Pati Munyatul Musolli adalah sebuah karya fiqh yang secara khusus membicarakan ibadat sembahyang. Kitab ini disusun oleh Tuan Guru Haji Nik Abdullah bin Ahmad al-Jambuwi al-Fathani () sebagai ringkasan bagi kitab Munyatul Musollikarya al-‘Allamah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathani (1769-1847). Berdasarkan cetakan Mathba’ah Ben Halabi, Patani – ketebalan kitab ini merangkumi 76 halaman.

Sebenarnya kitab ini bukan sekadar ringkasan kitab Munyatul Musolli, bahkan juga merupakan penjelasan kepada beberapa ibarat kitab musolli yang agak susah difahami oleh generasi sekarang. Perkara ini dinyatakan oleh penyusunnya dalam muqaddimah kitab;

Kemudian sahabat saya yang sangat kasih minta saya hurai semula ibarat Musolli supaya mudah. Maka dicampak ke dalam hati saya bersetuju dengan pintaan itu kerana serata tempat kitab berkat ini ada mengajar dan mengaji di pondok-pondok,  juga di kampung-kampung tetapi mereka menyungut-nyungut musolli ini payah ”.

Seterusnya penyusun kitab menerangkan metode penyusunan kitab Pati Musolli ini, katanya;

Dengan itu qalam saya pun menulis mengikut bagaimana susunannya yang asal pada mendahulu dan kemudian dan setengah-setengah ibaratnya yang terang juga saya ikutkan (kekalkan) ”.

Kemudian penyusun menerangkan kelebihan karya beliau ini, katanya;

Tetapi Pati (Munyatul Musolli) ini mudah (difahami) tidak sangat berkehendak kepada tadah (belajar berguru), patut benar bagi orang-orang tua lelaki perempuan serupa, bagus benar bagi orang-orang pondok, terus kepada budak-budak. Cara baru susunannya, pertengahan ibaratnya ”.

Dari pembacaan saya terhadap kitab Pati Munyatul Mushalli ini, saya dapati keseluruhan isi kandungan utama (tajuk yang dibincangkan) dalam kitab Munyatul Musolli dikekalkan dalam kitab ini.

Manakala bagi tema akhir yang disebutkan dalam kitab ini yang berkaitan dengan jenis-jenis sembahyang sunat, penyusun telah menyebutkan 5 jenis sembahyang sahaja, iaitu sunat rawatib, sembahyang hari raya, sembahyang hajat, sembahyang terawih dan sembahyang  sunat mutlak. Sedangkan dalam kitab asalnya terdapat sebanyak 24 jenis sembahyang sunat.

Bagi sembahyang terawih, penyusun telah membuat penambahan huraian mengenai tatacara sembahyang terawih dan sembahyang witir, serta kaifiat bacaan selawat yang biasa dilakukan oleh umat Islam di negeri Jawi (Nusantara). Disebutkan juga doa selepas sembahyang terawih dan doa selepas sembahyang witir. 

Sekadar ini saja catatan saya mengenai kitab Pati Munyatul Musolli ini. Semoga bermanfaat.

6 comments:

  1. salam tuan,
    dimana nak dapatkan kitab ini

    ReplyDelete
  2. Salam.. dim Nak dapat kitab ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada 0145118260 whatsapp sy. Sy jual syarahan kitab ini yg disampaikan penuh mula sampai khatam oleh ustaz azhar idrus. Sy puan hana

      Delete
  3. Saya ada 0145118260 whatsapp sy. Sy jual syarahan kitab ini yg disampaikan penuh mula sampai khatam oleh ustaz azhar idrus. Sy puan hana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum, klau buat pembelian, puan Hana boleh pos ke?

      Delete
  4. Assalamu'alaikum, kitab nie masih ada yang menjual nya ke?..

    ReplyDelete