Monday, August 6, 2018

al-Hawasyi al-Madaniyyah 'ala al-Manhaj al-Qawim (الحواشي المدنية على المنهح القويم)


Kitab al-Hawasyi al-Madaniyyah ‘ala al-Manhaj al-Qawim (الحواشي المدنية على المنهح القويم) adalah sebuah karya fiqh dalam mazhab Syafi’i, yang disusun oleh al-‘Allamah al-Syaikh Muhammad bin Sulaiman al-Kurdi al-Madani al-Syafi’i (1127-1194H).

Kitab ini disusun sebagai hasyiah (komentar) bagi kitab al-Manhaj al-Qawim Syarh Masa-il al-Ta’lim (المنهج القويم شرح مسائل التعليم), iaitu sebuah karya al-Imam Ahmad Ibn Hajar al-Haytami (909-973/974H). Sedangkan kitab al-Manhaj al-Qawim pula merupakan kitab syarah (huraian) bagi kitab  Masa-il al-Ta’lim (مسائل التعليم), karya l-Imam Jamaluddin Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhal al-Sa’di al-Hadhrami (850-918H).

Di kalangan ulama mazhab Syafi’i, kitab al-Hawasyi al-Madaniyyah ini juga dikenali dengan judul yang lain, iaitu;

a)    Al-Hawasyi al-Madaniyyah ‘ala Syarh al-Muqaddimah al-Hadharamiyyah (الحواشي المدنية على شرح المقدمة الحضرمي)
b)    Hasyiah al-Kurdi ‘ala al-Manhaj al-Qawim (حاشية الكردي على المنهج القويم).
c)    Hasyiah al-Kubra ‘ala al-Manhaj al-Qawim (حاشية الكبرى على المنهج القويم).

Ia dikenali dengan Hasyiah al-Kubra, kerana selain kitab ini, al-‘Allamah al-Kurdi juga mempunyai hasyiah lain yang lebih ringkas berbanding kitab sebelumnya. Kitab yang kedua ini dikenali sebagai Hasyiah al-Shughra 'ala al-Manhaj al-Qawim (حاشية الصغرى على المنهج القويم).

Berdasarkan terbitan Darul Kutub al-‘Ilmiyyah, cetakan 2012 – kitab ini diterbitkan dalam 2 jilid. Kitab al-Hawasyi al-Madaniyyah (versi lama) boleh dimuat turun di pautan http://al-mostafa.info/data/arabic/depot3/gap.php?file=i000408.pdf

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Bahjah al-Nufus wa Ghayatuha (بهجة النفوس وغايتها)

Kitab Bahjah al-Nufus wa Ghayatuha [1] bi Ma'rifati Ma Laha wa 'Alaiha ( بهجة النفوس وغايتها بمعرفة ما لها وما عليها ) merupa...