Wednesday, August 1, 2018

Mulhiq li Miftah al-Ta'allum fi I'rab Matn al-Ajrumiyah wa al-Amtsilah 'ala Ratbih


Kitab Mulhiq li Miftah al-Ta’allum fi I'rab Matn al-Ajrumiyah wa al-Amtsilah 'ala Ratbih ( ملحق لمفتاح التعلم في  إعراب متن الأجرمية والأمثلة على رتبه) adalah sebuah karya yang membicarakan ilmu nahu bahasa Arab - peninggalan al-‘Allamah Syaikh Muhammad Yusuf bin Ahmad al-Kunali al-Kelantani (1287-1352H / 1868-1933M), yang terkenal dengan gelaran Tok Kenali. Kitab ini merupakan huraian (syarah) bagi Matn al-Ajrumiyah (متن الأجرومية), iaitu sebuah karya Imam Abu Abdullah Muhammad bin Muhammad bin Daud al-Shanhaji (672-723H), yang terkenal dengan gelaran Ibn Ajurum.

Kitab ini dikumpulkan atau ditulis kembali oleh salah seorang muridnya iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Thahir bin Ahmad (1897-1961) Tuan Guru Haji Abdullah Thahir bin Ahmad (1897-1961), Bunut Payung. Kitab ini selesai pada 29 Sya’ban 1354 H, iaitu dua tahun selepas kewafatan Tok Kenali.

Kitab ini dicetak oleh Persama Press, Pulau Pinang atas kehendak Tuan Guru Abdullah Thahir bin Ahmad bin Muhammad Zain pada 9 Safar 1356 H.

Sekadar ini sahaja maklumat mengenai kitab ini. Catatan ringkas ini dipetik dan diubahsuai dari artikel yang berjudul Tok Kenali ulama peringkat wali, tulisan  Wan Mohd. Shaghir Abdullah. 

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment