Monday, February 6, 2017

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 8


Perkara yang sunat dilakukan pada hari Jumaat[1]



ومن السنة : قراءة سورة الكهف، والإكثار من الصلاة على النبي -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- في يوم الجمعة وليلتها. فعليك بذلك،

Dan sunat memperbanyakkan membaca selawat pada harinya dan malamnya dan membaca surah al-Kahfi[2]. [Maka hendaklah kamu memelihara perkara ini sebaik-baiknya.][3]



وبالبكور إلى الجمعة، وأقل ذلك أن تروح قبيل الزوال أو معه.

[Dan sunat mandi meniatkan bagi sunat Jumaat][4] dan berpagi-pagi kepadanya. [Dan sekurang-kurangnya pergi ke masjid sebelum tergelincir matahari ataupun sewaktu tergelincirnya.][5]



وكن - رحمهالله - حسن الإصغاء والاستماع إلى الخطبة والوعظ، واتعظ بما تسمعه، واستشعر في نفسك أنك مقصود ومخاطب بذلك.

Dan membaikkan[6] mendengar kepada khutbah[7].




[1] Terdapat beberapa perkara sunat yang disebutkan dalam kitab al-Nashaih. Dalam catatan ini saya hanya menyebutkan teks Arab yang ada disebutkan terjemahannya atau rumusannya oleh Syaikh Daud Fathani. Namun begitu, jika perlu saya sebutkan juga teks Arabnya dan saya bagi terjemahan bagi melengkapkan maksudnya.

[2] Dalam teks Arabnya didahulukan sebutan membaca surah al-Kahfi sebelum sebutan memperbanyakkan selawat..

[3] Tambahan saya bagi terjemahan petikan teks Arab yang bergaris di atas. Terjemahan ini tiada dalam kitab al-Munyah.

[4] Tambahan oleh Syaikh Daud Fathani.

[5] Tambahan saya bagi terjemahan petikan teks Arab yang bergaris di atas. Terjemahan ini tiada dalam kitab al-Munyah.

[6] Dalam kitab Munyah al-Mushalli yang dicetak tertulis “membanyakkan”. Di sini ditulis “membaikkan”  adalah berdasarkan transliterasi oleh al-Marhum Haji Wan Mohd Shaghir. Menurut beliau, ia adalah berdasarkan pada manuskrip yang ada dalam simpanan beliau. Jika dilihat teks Arab di atas, jelaslah perkataan membaikkan adalah lebih tepat.

[7] Terjemahan Syaikh Daud ini adalah ringkasan bagi petikan teks Arab yang bergaris di atas.

No comments:

Post a Comment