Monday, February 6, 2017

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 9


Permasalahan Menta’khirkan Sembahyang Jumaat[1]



ومن البدع المنكرات: تأخر بعض أهل الأسواق والحرف من الذين تجب عليهم الجماعة عن المجيء إليها.

Dan setengah daripada bid’ah, menta’khirkan Jumaat kerana menanti ahli pekan dan segala orang yang mempunyai pekerjaan, (iaitu) mereka yang wajib atas mereka itu Jumaat[2].
                                                                                                                                                                     
                                                                                                                            
ويجب على ولاة الأمور أن يحماوهم على ذلك، ويعاقبوا من تخلف منهم عن الجمعة بعد التعرف والإنذار.

Dan wajib atas orang yang memerintah pekerjaan bahawa keras atas mereka itu dan takutkan akan mereka itu  orang yang ketinggalan Jumaat kemudian daripada disuruh, dan takut akan mereka itu.



ولا رخصة لولاة الأمور في ترك ذلك وما يجري مجراه .وما ولاهم الله أمر عباده إلا ليقيموا فيهم شعائر دينه،

Dan tiada mudah atas Wali al-Amri pada meninggalkan daripada menyuruh dan menakutkan akan mereka itu supaya dapat menyatakan syiar yakni zahir tanda agama Islam.



 ويحملوهم على إقامة فرائضه واجتناب محارمه. وما ترتب من المصالح الدنيوية على وجود الولاة فهو تبع لذلك ولا حق به ،

Dan dikeraskan dia supaya mendirikan fardhu dan disuruh menjauhkan daripada yang diharamkan [dan jangan dimudahkan oleh mereka itu akan pekerjaan agama.][3]




[1] al-Nashaih (hal. 132), HWM Shaghir (hal. 96)

[2] Syaikh Daud Fathani telah mengubahsuai bentuk dan susunan asalnya. Berikut terjemahan lengkap teks Arab di atas, (Di antara bid’ah yang keji ialah melengahkan diri untuk pergi menunaikan sembahyang Jumaat, yang biasa dilakukan oleh setengah peniaga dan pekerja, padahal sembahyang itu wajib atas mereka), lihat Ahmad Semait ( hal. 147 ).

[3] Kesimpulan Syaikh Daud bagi teks yang bergaris di atas.

No comments:

Post a Comment