Tuesday, February 7, 2017

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 12


Hukum bagi Orang yang Luput Sembahyang[1]


وغاية ما يسمح به للعامي الغافل المستغفر مهما فاتته الصلاة: أن يقضيها مع التوبة عن العود إلى مثل ذلك.

Dan sehingga barang yang dimaafkan bagi orang awam yang lalai yang terkelam di dalam lalainya. Manakala luput akan dia sembahyang, hendaklah diqada’kan dengan bersegera, kemudian taubat ia daripada kembali kepada umpama yang demikian itu.



فأما الإضاعة فلا! كيف وعليه في إخراج الصلاة عن وقتها إثم عظيم وإن بادر بقضائها.

Adapun yang mensia-siakan dia, maka tiada jalan sekali-kali. Maka betapa dan jikalau ada ia keluarkan sembahyang daripada waktunya  [yang lain daripada ketidurannya][2], dosa yang amat besar dan jikalau ada ia bersegera mengqada’ akan dia sekalipun.



وليس بعذر الاشتغال بالدنيا ولا بغيرها عن الصلاة حتى تفوت. ولا عذر إلا النوم أو النسيان فقط.

Dan tiada diuzurkan membimbangkan dengan dunia dan lainnya daripada sembahyang melainkan kerana ketiduran atau lupa jua, maka hanyalah [itu sahaja][3]




[1] al-Nashaih (hal.144), HWM Shaghir (hal.106), S. Ahmad Semait (hal. 163).

[2] Tambahan daripada Syaikh Daud Fathani.

[3] Tambahan pentahkik, berdasarkan huraian tambahan HWM Shaghir (hal.106)

No comments:

Post a Comment