Kelebihan Sembahyang Fardu[1]
وقد بلغنا: أن
الله تعالى قسم أعمال الصلاة على أربعين ألف صف من الملائكة، في كل صف سبعون ألفاً:
عشرة منها قيام لا يركعون، وعشرة منها ركوع لا يسجدون، وعشرة سجود لا يرفعون،
وعشرة قعود لا يقومون،
[Kata setengah ulama][2]; “ Telah sampai kepada kami khabar bahawasanya Allah
SWT membahagi akan segala amal sembahyang atas empat puluh [ribu][3] shaf daripada Malaikat. Pada tiap-tiap shaf tujuh ribu. Sepuluh
daripadanya berdiri, tiada rukuk, sepuluh rukuk tiada sujud, sepuluh sujud
tiada angkat kepala dan sepuluh duduk tiada berdiri.
وجمع جميع ذلك
لعبده المؤمن في ركعتين يصليهما: فانظر عظم منته وفضله على عباده المؤمنين،
Dihimpun akan
sekalian amal mereka itu bagi hambaNya yang mukmin di dalam dua rakaat yang
disembahyangkan keduanya. Maka tilik olehmu akan besar pemberian Allah dan kurniaNya atas hamba Nya yang
mukminin.
وقد قال عليه
الصلاة والسلام : مثل الصلوات الخمس مثل نهر غمر على باب أحدكم يقتحمه في كل يوم
وليلة خمس مرات، أفترون ذلك يبقي عليه من درنه شيئاً؟ قالوا: لا [4]
Riwayat daripada Hasan[5] r.’a.
bahawasanya Rasulullah saw bersabda; “ Umpama sembahyang lima waktu itu,
seumpama sungai yang deras pada pintu seorang kamu, banyak airnya, memandi ia
padanya tiap-tiap hari lima kali. Maka apa yang tinggal atasnya daripada kotornya?”. [ Jawab para sahabat; “ Tentu tidak ”.][6][Riwayat
Muslim]
} وقال عليه الصلاة والسلام : ( الصلاة إلى الصلاة كفارة لما بينهما
إذا اجتنبت الكبائر).} [7]
Sabda Rasulullah saw lagi; “ Satu sembahyang kepada satu sembahyang
yang lain adalah menjadi penebus dosa di antara kedua-duanya, selama dijauhi
dosa-dosa besar”
Yakni bahawasanya lima
waktu itu menyucikan daripada segala dosanya, tiada yang tinggal satu dosa,
melainkan diampun akandia, melainkan dosa yang besar-besar maka berkehendak ia
kepada taubat[8]
Baca SIRI 6
[1]
Semua teks dari kitab al-Nashaih di
bawah ini disusun secara berurutan mengikut susunan dalam kitab asalnya ( hal. 122)
dan S. Ahmad Semait (hal. 118). Manakala
dalam kitab al-Mushalli ia telah diletakkan di tempat yang berbeza mengikut
pengubahsuaian Syaikh Daud Fathani (HWM Shaghir: dua petikan pertama di halaman. 69 dan petikan berikutnya
di halaman 38).
[2]
Tambahan Syaikh Daud Fathani.
Mungkin yang dimaksud ulama di sini ialah Habib Abdullah ‘Alawi, kerana
kata-kata selepasnya adalah kata-kata pengarang kitab al-Nashaih tersebut. Lihat al-Nashaih, hal. 69.
[4]al-Nashaih (hal. 122). Dalam Munyah al-Mushalli hanya
disebutkan terjemahannya sahaja.
[5]
Dalam kitab al-Nashaih tidak disebutkan nama Hasan r.’a., sebagaimana teks ‘Arab di atas. Ini menunjukkan Syaikh
Daud Fathani sudah mengingati hadis ini dengan perawinya, atau ada membuat
rujukan kepada sumber asalnya. Wallahu a'lam.
[6]
Tambahan pentahkik bagi
terjemahan teks Arab yang bergaris di atas. Syaikh Daud Fathani tidak
menyebutkan terjemahannya dalam kitab Munyah Mushalli.
[7] Hadis ini merupakan tambahan dari pentahkik berdasarkan
teks yang terdapat dalam kitab al-Nashaih. Tambahan ini sengaja disebutkan di
sini, kerana sesuai dengan huraian Syaikh Daud Fathani selepasnya yang
merangkumi maksud bagi kedua-dua hadis yang disebutkan.
[8]
Huraian Syaikh Daud Fathani
bagi hadis di atas. Huraian ini sebenarnya merupakan kesimpulan Syaikh Daud
al-Fathani terhadap huraian dalam kitab al-Nashaih yang agak panjang mengenai penghapusan
dosa kecil melalui amalan solat.
No comments:
Post a Comment