وعلى ولاة الأمور أن يحملوا العامة على فعل الصلاة المكتوبة.
Dan wajib
atas orang yang memerintah pekerjaan muslimin, bahawa menyuruh dan
menanggungkan akan segala umat yang umum atas pekerjaan sembahyang yang lima
waktu [dan jamaah dan jumaat demikian jua.[2]
وعليهم أن يعاقبوا من تركها كسلاً بالقتل، وذلك
بعد الاستتابة إن لم يتب .
Dan wajib
pula atas mereka itu bahawa diseksa akan mereka itu akan orang yang
mengeluarkan sembahyang daripada waktunya sebab segan[3] bukan ingkar,
disuruh taubat dan sembahyang. Jikalau tiada mengikut, dibunuhnya akan dia atau
diperangnya atau lainnya hingga mereka itu mengerjakan dia[4].
وعلى الولاة
إثم عظيم وحرج، إذا سكتوا عن ذلك مع العلم وقصروا في القيام به.
Dan haram
lagi berdosa apabila diam oleh orang yang memerintahkan pekerjaan umat daripada
orang yang besar-besar [seperti raja][5], jika
mengetahui akan mereka itu tiada mengerjakan yang tersebut itu.
Dan tiada
dimudahkan atasnya daripada melalaikan pekerjaan umat ini. Dan demikian lagi
pada segala pekerjaan agama mereka itu [daripada
zakat dan puasa dan lainnya seperti sembahyang jua.][7]
No comments:
Post a Comment