Sunday, February 5, 2017

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 6


Kelebihan Sembahyang Berjama’ah[1]


ومن المحافظة على الصلاة والإقامة لها: المداومة والمواظبة على فعلها في الجماعة، وذلك لأن الصلاة في الجماعة تفضل على صلاة وحده بسبع وعشرين درجة، كما ورد به الحديث الصحيح .

Dan demikian lagi setengah daripada orang yang memelihara akan sembahyang dan mendirikan baginya ia mengekalkan dan menyungguhkan atas mengerjakan dia dengan berjama’ah, kerana bahawasanya orang yang sembahyang berjama’ah itu lebih atas (pahalanya daripada) sembahyang seorang dirinya dengan dua puluh tujuh darjat, seperti barang yang datang pada hadis [ sahih][2].


فمن تساهل بهذا الربح الديني الأخروي الذي لا تعب في تحصيله ولا مشقة في نيله.

Maka orang yang memudahkan dengan laba ini (iaitu) dibangsakan laba pada agama, lagi ukhrawi. Padahal tiada payah pada menghasilkan dia dan tiada penat pada mencapaikan dia. [Maka adalah orang itu orang yang yang memudah agamanya dan orang yang tiada menghiraukan dia][3].


فقد عظمت عن مصالح الدين غفلته، وقلت في أمر الآخرة رغبته، ولا سيما وهو يعلم من نفسه كثرة ما يتحمله من التعب، ويقاسي من المشاق في طلب ربح الدنيا اليسير الحقير،

Maka tiap-tiap orang yang lalai akan dia itu, sungguhnya sangatlah besar ia lupa akan maslahah agamanya dan sedikit gemar ia daripada menyungguhkan pekerjaan akhirat. Maka tiada diketahui orang yang menuntut akan dunia menanggung ia akan penat dan payah ia kerjakan yang berat, berjaga malam dan berpanas ia sehari-hari.


وإذا حصل له منه شيء تافه بتعب كثير نسي تعبه، وعد ما ناله من ربح الدنيا الفانية غنماً جسيماً.

Manakala hasillah baginya maksudnya sesuku, sejempol daripada labanya, nescaya lupa ia daripada menanggungkan akan payah-payah dan dimudahkan segala yang payah-payah dan membilangkan barang yang tercapai daripada laba dunia yang fani[4] itu akan tuannya yang amat besar.


أفلا يخشى من يعرف من نفسه هذه والأوصاف أن يكون عند الله من المنافقين، وفيما وعد الله به من المتشككين!

Dan barang siapa tiada mengira-ngira akan pekerjaan ini bagi dirinya bahawa adalah ia pada Allah dibilangkan daripada orang munafiq,



 وإن بدا لك القعود في بيتك لأمر رأيت فيه خيراً وصلاحاً لك في دين أو دنيا

Bahkan melainkan nyata ada padanya daripada uzur yang mengharuskan meninggalkan jemaah sebab maslahah pada agama atau pada dunianya.



 أو خذ إليك من يصلي معك في بيتك ولو واحداً حتى تسلم من الحرج، وتفوز بالثواب،

[Qaul yang mengatakan bahawa wajib][5] mengambil akan seorang sembahyang bersama-sama pada rumahnya supaya sejahtera daripada dosa. [Qaul yang mengatakan wajib atau lepas daripada makruh] [6] dan supaya mencapai pahala jama’ah.


فإن الجماعة يحصل بإمام ومأموم، وكلما كثروا كان أفضل.

Dan hasillah jama’ah itu (seorang) imam dan satu makmum, [jikalau dengan anaknya atau isterinya atau gundiknya atau khadamnya (sekalipun) ][7]. Dan tiap-tiap banyak jama’ah, banyak afdhal dan banyak pahalanya, [kerana diberi pahala dengan sebilang-bilang orang yang bersama-sama ia sembahyang dengan dia.][8]


وتزكو الصلاة ويزيد ثوابها خلف الأئمة من أهل الخير والصلاح،

Dan bertambah labanya dan suci sembahyangnya[9], istimewa jika ada imam itu [ orang yang soleh dan ][10] ahli al-Khair dan solah (orang baik).


وفي المشي إلى المسجد لأ جل الصلاة فيه، ثواب عظيم، وردت به الأخبار، حتى ورد أن كل خطوة يخطوها العبد إلى المسجد تحسب له، وتكتب له في حسناته.

Dan lagi disebut pada beberapa hadis bahawasanya tiap-tiap langkah yang dilangkahkan oleh hamba padanya berjalan menuntut berjemaah (memperolehi) pahala yang amat besar, [iaitu disurat sepuluh kebajikan dan dihapuskan sepuluh kejahatan][11].

وانتظار الصلاة بعد الصلاة من القربات .
ومثاله:أن تصلي المغرب ثم تجلس في المسجد لأجل العشاء حتى تصليها.

Dan yang menanti sembahyang kemudian daripada sembahyang setengah daripada yang mendampingkan dirinya kepada Allah. Umpama ia sembahyang Maghrib, kemudian ia duduk menanti sembahyang Isyak.


 والمنتظرللصلاة يعد عند  الله مصليا ويكتب له ثواب المصلين

Dan yang menanti bagi sembahyang dibilangkan dia pada Allah orang yang sembahyang [ dan ditulis baginya pahala orang yang sembahyang ][12].


والذي يمكث في محاه الذي صلى فيه لا تزال الملائكة تستغفر له وتدعو له حتى يحدث، أو يتكلم.

Dan orang yang duduk pada tempat sembahyang, sentiasa malaikat minta ampunkan baginya dan doakan dia hingga berhadas atau berkata [perkataan yang tiada ta’luq padanya kebajikan.][13]


ويحتاج من يقعد الصلاة في الصف الأول لفضله إلى المبادرة قبل ازدحام الناس

Dan demikian lagi, setengah daripada pekerjaan yang dicita-citakan akan dia duduk ia pada shaf awal [dan memenuhkan dia dan meratakan dia][14] [dengan segera sebelum sesak dengan orang ramai (ahli jamaah yag lain)][15] kerana besar fadhilatnya[16].




[1] Al-Nashaih (hal. 123 – 127), HWM Shaghir (hal. 91 – 94) dan S. Ahmad Semait (hal. 120 -123). Perlu diketahui bahawa penterjemahan Syaikh Daud Fathani terhadap beberapa teks asalnya telah berlaku perubahan dari susunan ayat, olahan bahasa, huraian tambahan dan kata ganti nama bagi menyesuaikannya dengan kaedah penyusunan kitab Munyah al-Mushalli. 

[2] Perkataan “sahih” ini tiada dalam Munyah al-Mushalli. Perkataan ini adalah tambahan pentahkik  berdasarkan teks yang terdapat dalam  kitab al-Nashaih. Lihat teks yang dilampirkan di atas.

[3] Tambahan   oleh Syaikh Daud Fathani.          

[4] Yang akan binasa.

[5] Tambahan oleh Syaikh Daud Fathani.

[6] Tambahan oleh Syaikh Daud Fathani. 

[7] Tambahan oleh Syaikh Daud Fathani.

[8] Huraian tambahan oleh Syaikh Daud Fathani.

[9] Syaikh Daud Fathani telah mengubah susunan ayat ini. Berdasarkan teks asalnya, sepatutnya ia diterjemahakan “ Dan suci sembahyangnya dan bertambah labanya ”.

[10] Sebenar “ orang soleh”  ini sudah merangkumi maksud [أهل الخير والصلاح]. Namun begitu, Syaikh Daud Fathani telah menukilkan dan mengekalkan  perkataan  [أهل الخير والصلاح] dalam Munyah al-Mushalli.

[11] Dalam teks Arab hanya menyebut “beberapa kebajikan” tanpa bilangannya. Manakala perkataan dalam [   ] adalah tambahan oleh Syaikh Daud Fathani.

[12] Tambahan pentahkik bagi teks yang ditinggalkan oleh Syaikh Daud Fathani (al-Nashaih, hal. 126).

[13] Huraian tambahan oleh Syaikh Daud Fathani.

[14] Tambahan Syaikh Daud Fathani.

[15] Tambahan pentahkik bagi terjemahan  teks yang bergaris  di atas (al-Nashaih, hal. 127). Ia tidak disebutkan dalam Munyah al-Mushalli.

[16] Dalam kitab al-Nashaih disebutkan beberapa hadis mengenai fadhilat saf awal ini. 

No comments:

Post a Comment