Artikel
ini memaparkan secara ringkas karya-karya al-Imam al-Muhaddits Ibn al-Kharath Abu
Muhammad Abdul Haq bin Abdul Rahman al-Isybili (510-581H) yang menghimpunkan
hadis-hadis hukum. Terdapat tiga buah kitab karyanya, iaitu;
1. Kitab al-Ahkâm
al-Kubra. Dalam
kitab ini, beliau menyusun dan menghimpunkan hadits-hadits ahkâm berserta dengan
sanadnnya. Kitab al-Ahkâm
al-Kubra ini tidak lepas dari kritikan ulama hadis, di antara ulama yang
membuat kritikan terhadap kitab ini al-Hafizh al-Nâqid Abu al-Hasan Ali
bin Muhammad bin al-Qaththan (628H) dalam kitabnya yang berjudul Bayan al-Wahm
wa a-Ihâm al-Waqi’in fi Kitab al-Ahkâm.
2. al-Ahkâm
al-Wustha. Disebutkan
dalam khutbahnya bahawa diamnya beliau terhadap sebuah hadits menunjukkan shahih-nya
hadis tersebut. Kitab ini adalah ringkasan dari kitab al-Ahkâm al-Kubra
dengan menghapus sanad-nya. Kitab ini telah dicetak dalam 4 jilid dengan
tahqiq Shubhi al-Sâmira`i dan Syeikh Hamdi Abdul Majid al-Salafi dan
diterbitkan oleh Maktabah al-Rusyd tahun 1416 H.
Manuskrip
dua kitab ini telah dijelaskan kewujudan dan tempat penyimpanannya oleh Shubhi
al-Sâmira`i dan Syeikh Hamdi Abdul Majid al-Salafi dalam Muqaddimah
tahqiq beliau berdua atas kitab Ahkâm Al-Wustha ( lihat jilid
pertama hlm 57 dari kitab Al-Ahkâm Al-Wustha). Kemudian Abu Abdul Rahman bin ‘Uqail al--Zhâhiri mengeluarkan dua jilid dari kitab al-Ahkâm al-Kubra
dan al-Shughra dan beliau namakan al-Syurûh wa al-Ta’liqât ‘Ala
Kutub al-Ahkâm dan dicetak dalam dua jilid
3. al-Ahkâm al-Shughra. Beliau sebutkan dalam khutbahnya: bahwasanya pilihan beliau
terhadap hadits yang shahih sanad-nya dalam kitab ini adalah hal
yang biasa di kalangan Kritikus hadits, terdiri dari 1 jilid, kitab ini di syarah
lagi oleh Abu Abdillah Muhammad bin Ahmad bin Marzuq, wafat tahun 781 H. Kitab al-Ahkâm
al-Shughra ini dicetak dalam dua jilid dengan tahqiq Ummu Muhammad
Bintu Ahmad al-Hulais dengan bimbingan syeikh Kholid bin Ali bin Muhammad Al-‘Anbari
dan diterbitkan Maktabah Ibnu Taimiyah Kaherah dan maktabah al-Ilmi di Jeddah
tahun 1413 H.
Dalam
kitab ini imam Abdul Haq al-Isybili meringkas sanad dan mencukupkan dalam
takhrij haditsnya pada satu sumber rujukan saja agar mudah dihafal. Juga
kitab ini memiliki keistimewaan dalam penyampaian hadits-hadits dan tidak hanya
mencukupkan pada hadits halal dan haram saja, bahkan beliau tambah dengan
banyak bab-bab sunnah lainnya. Pengarang di sini memberikan perhatian dalam
kata-kata yang sulit (Gharib Al-Hadits) dan penjelasan maknanya secara
ringkas.
No comments:
Post a Comment