Kitab al-Mustashfa
Min ‘Ilm al-Ushul (المستصفى من علم
الأصول) adalah antara karya
agung yang ditulis oleh Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali
(450-505H) rahimahullah. Beliau dianggap sebagai
orang pertama yang memasukkan perbahasan mantiq di dalam ilmu usul fiqh.
Dalam
muqaddimah kitab al-Mustashfa ini, Imam al-Ghazali menyatakan faktor yang
mendorong beliau menulis dan menyusun kitab ini. Menurut beliau penyusunan
kitab al-Mustashfa ini adalah kerana menyahut permintaan para murid beliau agar
disusun sebuah kitab usul fiqh yang sederhana tebalnya. Perlu dimaklumkan,
sebelum penyusunan kitab al-Mustashfa ini, sebenarnya al-Ghazali telah
mempunyai karya lain dalam bidang usul fiqh, iaitu kitab Tahzib al-Ushul (تهذيب الاصول) dan kitab al-Mankhul (المنخول).
Oleh itu, menurut al-Ghazali kitab al-Mustashfa ini adalah sebuah kitab yang lebih ringkas berbanding kitab Tahzib al-Ushul (تهذيب الاصول) dan lebih terperinci berbanding kitab al-Mankhul (المنخول)
Oleh itu, menurut al-Ghazali kitab al-Mustashfa ini adalah sebuah kitab yang lebih ringkas berbanding kitab Tahzib al-Ushul (تهذيب الاصول) dan lebih terperinci berbanding kitab al-Mankhul (المنخول)
Kitab
al-Mustashfa ini telahpun disyarahkan serta diringkaskan oleh beberapa tokoh
ulama terkemudiannya. Antara kitab yang mensyarahkannya ialah kitab Syarah
al-Mustashfa min Ilm al-Usul karya Dr. Abu Bakr bin Abdullah al-Sa’dawi.
Manakala kitab yang merupakan ringkasan bagi kitab al-Mustashfa adalah kitab Lubab
al-Mahsul fi 'Ilm al-Ushul karya Abu al-Fadhail al-Qairuwani (632 H.)
Kitab al-Mustashfa
boleh dimuat turun di pautan المستصفى من علم الأصول
atau المستصفى من علم الأصول .
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment