Kitab Tanqih al-Lubab (تنقيه اللباب), merupakan sebuah karya fiqh dalam mazhab Syafi’i yang
disusun oleh al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah
Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi (762-826H ).
Imam Waliyuddin Abu Zur’ah
al-‘Iraqi menyusun kitab Tanqih al-Lubab ini sebagai ringkasan bagi kitab al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi’i (اللباب في الفقه
الشافعي), iaitu sebuah karya al-Imam al-Qadhi Abu al-Hasan Ahmad bin
Muhammad bin Ahmad al-Dhabi al-Mahamili al-Syafi’i (368-415H ).
Kitab Tanqih al-Lubab ini, kemudiannya telah dihuraikan
(disyarah) oleh beberapa ulama, antara;
a) Burhanuddin
Ibrahim bin Musa al-Karki al-Syafi'i (853H)
b) Jalaluddin
Muhammad bin Abdul Rahman al-Shiddiqi al-Syafi'i (891H)
Selain kitab huraiannya, kitab Tanqih al-Lubab ini telah
diringkaskan pula Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin
Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H) melalui karyanya yang
berjudul Tahrir Tanqih al-Lubab (تحربر تنقيه اللباب). Syaikh
al-Islam kemudiannya telah menghuraikan kitabnya tersebut dengan karyanya yang
lain, iaitu kitab Syarh al-Tahrir atau judul lengkapnya Tuhfah al-Thullab bi Syarh Tahrir Tanqih al-Lubab.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment