Kitab al-Burhan fi
Ushul al-Fiqh (الـبـرهـان في أصـول الـفـقـه) merupakan sebuah karya Usul al-Fiqh yang disusun oleh al-Imam al-Haramain Abul Ma'ali 'Abdul Malik bin 'Abdullah bin Yusuf bin Muhammad bin 'Abdullah al-Juwaini al-Naisaburi (419-478H). Ianya ditulis mengikut tariqah al-Mutakallimin
(ahli kalam) iaitu suatu metodologi penulisan yang cenderung kepada pendalilan
berdasarkan akal serta tidak taksub kepada mana-mana mazhab.
Kitab al-Burhan ini juga
turut mendapat tempat di sisi para ulama yang datang selepas al-Juwaini
sehingga ia disyarahkan serta diringkaskan. Antara kitab yang mensyarahkan
kitab al-Burhan ialah;
a)
Idhah
al-Mahsul min Burhan al-Usul (ايـضـاح الـمـحـصـول من بـرهـان الأصـول), karya
Abu Abdillah al-Maziri al-Maliki (536 H.)
b)
al-Tahqiq
wal-Bayan fi Syarh al-Burhan fi Usul al-Fiqh (التحقيق والبيان في شرح البرهان في أصول
الفقه), karya
Syamsuddin
Abu
al-Hasan Ali bin Ismail al-Abyari al-Shanhaji al-Maliki (618 H).
Sekalipun al-Juwaini
merupakan tokoh bagi mazhab al-Syafi’i, akan tetapi kedua-dua penulis kitab
yang kami sebutkan di atas merupakan tokoh dari kalangan mazhab Maliki. al-Imam
Ibn al-Subki [Lihat Thabaqat al-Syafi’iyyah al-Kubra (5/192)], mengatakan
bahawa telah datang seorang tokoh dari Maghribi bernama al-Syarif Abu Yahya
yang menghimpunkan di antara dua kitab syarah di atas.
Kitab al-Burhan fi Ushul
al-Fiqh boleh didownload di pautan الـبـرهـان في أصـول الـفـقـه. Semoga bermafaat.
burhan fi ushul fiqh juz 2 apakah ada
ReplyDeleteterjemahan nyaa belum ada ya ?
ReplyDelete