Tuesday, April 2, 2013

al-Mankhul min Ta'liqat al-Ushul


Kitab al-Mankhul min Ta’liqat al-Ushul (المنخول من تعليقات الأصول ) merupakan sebuah karya terawal al-Imam Hujjah al-Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali al-Thusi ( أبو حامد محمد الغزالي ) dalam ilmu usul fiqh.  Imam al-Ghazali dilahirkan pada tahun 450H/1058 dan wafat pada tahun 505H /1111M.

Kandungan kitab al-Mankhul ini asalnya merupakan nota catatan Imam al-Ghazali ketika menghadiri majlis ilmu yang disampaikan oleh gurunya,iaitu Imam Haramain Abu al-Ma’ali al-Juwayni (478H/1085M). Sebelum gurunya wafat, al-Ghazali sempat membukukan catatan-catatan kuliah ushul fiqhnya dan menamakan himpunan catatan tersebut dengan judul al-Mankhul min Ta’liqat al-Usul. Beliau menunjukkan kitab tersebut kepada gurunya. Imam al-Juwayni memuji kecerdasan dan keilmuan al-Ghazali.

Sebenarnya, kandungan kitab al-Mankhul bukan sekadar catatan atau idea-idea yang yang disampaikan Imam al-Juwayni dalam kuliah ilmunya, tetapi banyak dipenuhi dengan tambahan yang bernas berupa ta’liq (catatan) daripada idea-idea al-Ghazali sendiri. Kitab ini menjadi rujukan yang penting dalam ilmu usul fiqh di samping karya-karya al-Ghazali yang lain, khususnya kitab al-Mustashfa fi Ushul al-Fiqh, iaitu kitab usul fiqh yang lebih besar yang mencakupi beberapa jilid tebalnya.

Kitab ini boleh didownload melalui pautan berikut;


Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment