Kitab al-Adab al-Mufrad (الأدب المفرد) merupakan karya
Imam al-Muhaddisin Muhammad bin Ismail
al-Bukhari, seorang tokoh hadis agung yang tidak
asing lagi. Beliau terkenal dengan karya agungnya Kitab al-Jami’ al-Shahih atau
yang lebih dikenali dengan Shahih al-Bukhari, yang dianggap sebagai kitab yang
paling shahih selepas al-Quran.
Kandungan kitab al-Adab al-Mufrad ini berisikan himpunan hadis-hadis Rasulullah saw dalam tema adab (etika seorang muslim). Kitab ini merupakan kitab
yang sangat bermanfaat untuk panduan seorang muslim dalam beretika. Ia disusun berpandukan
tema dan latar belakang hadis yang dibawa.
Kitab
al-Adab al-Mufrad dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca secara
online di pautan http://sunnah.com/adab
atau http://www.sunnipath.com/library/Hadith/H0003P0000.aspx
atau
boleh didownload di pautan
http://www.downloadislamicbooks.net/wp-content/uploads/2012/03/Adab-Al-Mufrad-Imam-Bukhari.pdf
Salam. Ada tak terjemahan dalam bahasa melayu. Kalau ada jumpa pdf minta saudara share.. jazakallahukhair.
ReplyDeleteSalam. Ada tak terjemahan dalam bahasa melayu. Kalau ada jumpa pdf minta saudara share.. jazakallahukhair.
ReplyDelete