Friday, April 12, 2013

al-Adab al-Mufrad


Kitab al-Adab al-Mufrad (الأدب المفرد) merupakan karya Imam al-Muhaddisin Muhammad bin Ismail al-Bukhari, seorang tokoh hadis agung yang tidak asing lagi. Beliau terkenal dengan karya agungnya Kitab al-Jami’ al-Shahih atau yang lebih dikenali dengan Shahih al-Bukhari, yang dianggap sebagai kitab yang paling shahih selepas al-Quran.


Kandungan kitab al-Adab al-Mufrad ini berisikan himpunan hadis-hadis Rasulullah saw dalam tema adab (etika seorang muslim). Kitab ini merupakan kitab yang sangat bermanfaat untuk panduan seorang muslim dalam beretika. Ia disusun berpandukan tema dan latar belakang hadis yang dibawa.
 
Kitab al-Adab al-Mufrad dan terjemahan dalam Bahasa Inggeris boleh dibaca secara online di pautan http://sunnah.com/adab  atau http://www.sunnipath.com/library/Hadith/H0003P0000.aspx 
atau  boleh didownload di pautan
http://www.downloadislamicbooks.net/wp-content/uploads/2012/03/Adab-Al-Mufrad-Imam-Bukhari.pdf

2 comments:

  1. Salam. Ada tak terjemahan dalam bahasa melayu. Kalau ada jumpa pdf minta saudara share.. jazakallahukhair.

    ReplyDelete
  2. Salam. Ada tak terjemahan dalam bahasa melayu. Kalau ada jumpa pdf minta saudara share.. jazakallahukhair.

    ReplyDelete