Kitab Irsyad al-Muhtadin ila Nushrah
al-Mujtahidin (إرشاد المهتدين إلى نصرة المجتهدين) merupakan
sebuah karya al-Hafiz Jalaluddin Abdul Rahman al-Suyuthi (849-911H) dalam
bidang usul fiqh yang membincangkn berkaitan dengan konsep ijtihad.
Kitab al-Irsyad ini sebenarnya merupakan sebuah
kitab ringkasan (mukhtashar) yang disusun kembali oleh al-Hafiz al-Suyuthi dari
kitab karya beliau yang berjudul “ al-Rad
‘ala man Akhlada ila al-Ardh wa Jahala an al-Ijtihad fi Kulli ‘Ashr Fardh ”
(الرد على من أخلد إلى
الأرض وجهل أن الاجتهاد في كل عصر فرض).
Dalam
kitab ini al-Suyuthi telah memperuntukkan 3 bab yang membincangkan tiga masalah penting yang
berkaitan dengan ijtihad. Ia yang dinyatakan oleh al-Suyuthi dalam bentuk persoalan,
iaitu;
- Adakah amalan ijtihad masih
berlaku sekarang atau tidak ?
- Adakah Mujtahid Mutlak itu sama dengan dengan Mujtahid Mustaqil ? atau ada perbezaan antara kedua-duanya?.
- Adakah setiap Mujtahid itu perlu mengetuai institusi pendidikan mazhab, contohnya mazhab al-Syafi’i ?.
بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله وكفى، وسلام على عباده الذين
اصطفى، وبعد: فقد وقع الكلام الآن في ثلاثة مسائل متعلقة بالاجتهاد...
Manakala
dalam penutupnya, al-Suyuthi ada menyatakan;
وقد من الله على بانفرادى بالقيام بغرض الاجتهاد في هذا الوقت وحدى
على الانفراد فلله الحمد والمنة... ولا حول ولا قوة الا بالله العلى العظيم وافاض
علينا بفيضه العميم انه جواد كريم
Dan
diakhiri dengan ungkapan;
...ووافق الفراغ من تعليق هاتين الرسالتين في يوم الثلاث المبارك
تاسع عشر شهر جمادى الأول من شهور سنة أربعين وألف من الهجرة النبوية على صاحبها
أفضل الصلاة والسلام
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment