Friday, January 18, 2013

I'anah al-Thalibin

Kitab I’anah al-Thalibin atau judul lengkapnya "Hasyiah I'anah al-Thalibin 'ala Hall Alfazh Fath al-Mu'in" merupakan karya al-‘Allamah ‘Abu Bakr Utsman bin Muhammad Syata al-Dimyathi al-Bakri  (1226-1310H), seorang guru terkenal di Masjidil Haram Makkah pada zamannya.

Kitab ini disusun sebagai hasyiah (komentar) bagi Kitab Fath al-Mu’in bi Syarh Qurrah al-‘Ayn bi Muhimmah al-Din. Kitab Fath al-Mu’in  merupakan karya  ‘al-‘Allamah Zainuddin al-Malibari (987H),  sebagai huraian (syarah) bagi  sebuah kitabnya, iaitu Kitab Qurrah al-‘Ayn bi Muhimmah al-Din[1].

Kitab ‘I’anah al-Thalibin telah menjadi teks fiqh penting bagi para ulama dan pelajar fiqh Syafi’iyyah sejak zaman penyusunnya hingga sekarang.

Kitab ini telah dicetak berulang kali dan edisi yang paling bagus adalah cetakan Dar al-Kutub al-‘Ilmiyah di Beyrut. Cetakan pertamanya tahun 1415H/1995M yang ditashih oleh Ustaz Muhammad Salim Hasyim, yang diterbitkan dalam empat jilid.

Kitab ini boleh didownload di pautan berikut;

Semoga bermanfaat.



[1] Iaitu sebuah mukhtashar di bidang fiqh Syafi’i.

5 comments:

  1. kitab ni ada terjemahan tak

    ReplyDelete
  2. اداکه کتاب اين دترجمه کدالم بهاس ملايو ايديسي بهاس جاوي؟

    ReplyDelete
  3. Dimana saya bolih dapatkan kitab ini.

    ReplyDelete
  4. Dalam shoopee banyak dijual kitab terjemahan Fathul Muin.

    ReplyDelete