Friday, January 4, 2013

al-Jawahir al-Shufiyyah


Kitab al-Jawahir al-Sufiah merupakan karya seorang ulama terkenal dari negeri Kedah, Dato' Sheikh Zakaria Bin Haji Ahmad Wan Besar. Beliau adalah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah Darul Aman.

Dalam buku al-Jawahir al-Sufiah ini, penyusun telah membuat huraian dan kupasan yang mendalam bagi kitab ‘Qathr al-Ghaithiyyah fi ‘Ilm al-Shufiyyah ‘ala Syari’ah Muhammadiyyah’ yang ditulis  oleh Tuan Guru Haji Husin Nasir al-Banjari, yang lebih dikenali dengan panggilan Tuan Husin Kedah bagi memudahkan kefahaman kepada masyarakat masa kini.

Buku ini telah disunting oleh Prof. Madya Dr. Abdul Basir Bin Haji Mohamad, dari Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM dan diterbitkan oleh Mahzum Book Services, batu Caves Selangor pada tahun 2009. Tebal buku ini merangkumi 116 halaman.

Perbincangan buku ini ditumpukan kepada tajuk-tajuk asas dalam bidang ilmu tasawuf bagi memberi gambaran awal maksud ilmu tersebut. Pendedahan sebegini dapat membantu masyarakat awam dalam memahami secara baik dan tersusun persoalan berkatan ilmu tasawuf. Perbincangan ilmu tasawuf diberi penumpuan dalam beberapa tajuk asas dengan dilengkapi empat fasal. Antara tajuk-tajuk penting ialah dasar ilmu tasawuf, nas-nas asas ilmu tasawuf, mushahadah, sifat ahli tasawuf, faktor penghalang ahli tasawuf untuk beribadat kepada Allah SWT dan hal ehwal berkaitan dengan maqam, adab bersuluk dan cara bersuluk. Justeru, buku kecil ini sangat sesuai untuk ditatapi dan dibaca oleh sesiapa sahaja yang berminat dengan ilmu tasawuf.

KANDUNGAN

DASAR ILMU TASAWUF
1. Pengertian Ilmu Tasawuf
2. Tajuk Perbahasan
3. Faedah
4. Kelebihan
5. Kedudukan Ilmu Tasawuf Dengan Ilmu-Ilmu Lain
6. Asal Ilmu Tasawuf
7. Nama-Nama Lain Ilmu Tasawuf
8. Sumber Rujukan Ilmu Tasawuf
9. Hukum Mempelajari Ilmu Tasawuf
10. Persoalan Ilmu Tasawuf

ALASAN MENGAPA ILMU TASAWUF DINAMAKAN DENGAN NAMA-NAMA LAIN

SEJARAH RINGKAS ILMU TASAWUF

FASAL PERTAMA: NAS-NAS ASAS ILMU TASAWUF

FASAL KEDUA: PADA MENYATAKAN MUSHAHADAH AHLI TASAWUF MELALUI HATI TERHADAP KEWUJUDAN HAQQ ALLAH TA'ALA
- Maksud Mushahadah Dari Sudut Bahasa Dan Istilah

FASAL KETIGA: KEPENTINGAN ILMU TASAWUF

SIFAT AHLI TASAWUF
- Sifat-Sifat Keji (Sifat-Sifat Madhmumah)
1. Banyak Makan Dan Minum
2. Banyak Bercakap
3. Kasih Kepada Harta Benda
4. Kasih Kepada Pangkat Kebesaran
5. Kasih Menjadi Ketua
6. Kasih Kepada Pujian
7. Kasih Kepada Dunia
8. Marah
9. Dengki / Hasad Dengki
10. Sombong
11. Memperlihatkan Amalan Kepada Orang Lain
12. Merasakan Diri Lebih Baik
13. Memperdengarkan / Menceritakan Amalan Kepada Orang Lain

- Sifat-Sifat Terpuji (Sifat-Sifat Mahmudah)
1. Taubat
2. Takutkan Allah Ta'ala
3. Zuhud
4. Sabar
5. Syukur
6. Ikhlas
7. Tawakal
8. Mahabbah
9. Reda
10. Mengingati Mati
11. Berharap

FASAL KEEMPAT: FAKTOR PENGHALANG SALIKIN DALAM PERJALANAN MENUJU KEPADA ALLAH TA'ALA
- Perbezaan Antara 'Awa'iq, 'Awarid Dan Qawadih
- Bawa'ith Para Salik Dalam Melakukan Ketaatan Kepada Allah Ta'ala

KHATIMAH (KATA AKHIR) PERHATIAN
1. Maqam Taubat
2. Maqam Warak
3. Maqam Zuhud
4. Maqam Sabar
5. Maqam Faqr
6. Maqam Syukur
7. Maqam Khawf
8. Maqam Raja'
9. Maqam Tawakal
10. Maqam Reda

- Adab-Adab Bersuluk
- Cara-Cara Bersuluk

PERHATIAN

RUJUKAN

DOA AL-MARHUM TUAN HUSIN KEDAH

Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment