Sunday, July 29, 2012

Penawar Bagi Hati

Kitab Penawar Bagi Hati ini telah dikarang oleh Al Allamah Al Faqih Syeikh Abdul Qadir bin Abdul Muttolib al-Indonisi al-Mandili yang merupakan Tuan Guru ilmu-ilmu Islam di Masjid al Haram pada  zamannya. Di dalam pendahuluan kitab ini beliau mengatakan bahawa, “Penulisan yang ringkas tentang muqaddimah Ilmu Tasawwuf ini, telah saya susun sebagai peringatan buat diri ini dan peringatan bagi mereka yang baru belajar. Saya menamakannya “Penawar Bagi Hati” yang menerangkan perkara-perkara yang perlu dibersihkan daripada hati, dan perkara-perkara yang perlu untuk menghiasinya.”

Kitab yang masyhur ini telah dijadikan sebagai sebuah kitab pilihan bacaan dalam majlis-majlis ilmu dan kuliah pengajian. Para pendakwah sering membaca kitab ini di pondok, masjid, surau dan universiti. Ini menunjukkan bahawa isi kandungannya benar-benar sesuai dan bertepatan dengan masalah yang dihadapi oleh manusia pada hari ini.

Kitab ini, sekarang telah diterbitkan dalam tulisan rumi oleh beberapa syarikat penerbitan buku.

Kitab yang diterbitkan oleh Mawleed Publishing Sdn. Bhd.

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan https://archive.org/download/PenawarBagiHati/Penawar%20Bagi%20Hati.pdf

Dowload Syarah kitab Penawar Bagi Hati oleh Dr Abdul Basit secara audio :

6 comments:

  1. Alhamdullah, sudah beli buku ni mmg berilmiah, simple & padat

    ReplyDelete
  2. salam Tuan, bagaimana sy nk mendapatkan kitab ini? sy mahu dalam tulisan jawi.. dlam bentuk pdf pun tak mengapa..emel sy yobkidey_91@yahoo.com.
    mohon feedback.

    ReplyDelete
    Replies
    1. maaf mencelah, tuan Zul, saya ada 2 salinan asli peninggalan Al MArhum bapa dan datuk2 saya. Jika masih berminat dan dan belum dapat, atas dasar semangat Ilmu saya nak sedekahkan kepada tuan. hubungi saya badarnoor2092@gmail.com. mungkin kita boleh bincamg bersama. maaf 7 thn lewat.

      Delete
  3. salam. sebenarnya saya tidak memiliki ebook kitab ini, sama ada dalam tulisan rumi atau jawi. Kitab Penawar bagi Hati versi jawi boleh di beli di Syarikat Jaafar Rawas Kota Bharu Kelantan. atau boleh dibeli secara online di pautan berikut; http://www.sjr.com.my/product_info.php?products_id=97

    ReplyDelete
  4. Salam. Di sini saya lampirkan satu pautan artikel yang berjudul " Pemurniaan Jiwa Menurut Shaykh Abdul Qadir Al-Mandili: Sorotan Daripada
    Kitab Penawar Bagi Hati " .http://www.ukm.my/nun/Prosiding/Artikel%20EDITED%20OK%20(PDF)/18%20137-144%20Mohd%20Hamidi%20Ismail.pdf.

    ReplyDelete