Kitab Mawahib al-Dayyan Syarh Fath al-Rahman ( مواهب الديان شرح فتح
الرحمن) merupakan sebuah karya yang menbincangkan mengenai akidah,
fiqh al-ibadah dalam mazhab al-Syafi’i dan ihsan (adab hubungan dengan Allah
SWT). Kitab ini disusun oleh Syaikh Sa’id bin Muhammad Ba ‘Ali Ba’asyan
al-Daw’ani al-Hadhrami [1270H].
Kitab Mawahib al-Dayyan ini disusun sebagai huraian bagi kitab Fath
al-Rahman (فتح الرحمن), iaitu karya al-‘Allamah al-Syeikh
Muhammad bin Ziyad al-Wadhahi al-Syar’abi (1135H), Qadhi dan Mufti negeri Zabid,
Yaman pada zamannya. Kitab Fath al-Rahman merupakan kitab yang menerangkan
mengenai akidah, hukum hakam (fiqh) dan ihsan.
Kitab yang ringkas ini disusun berdasarkan sebuah hadis Rasulullah saw yang
terkenal dengan nama Hadis Jibril ‘a.s.
(حديث جبريل عليه السلام), yang kandungannya
memaparkan dialog antara Nabi Muhammad s.a.w. bersama Jibril ‘a.s. mengenai
Islam (الإسلام), iman (الإيمان) dan ihsan (الإحسان)
serta tanda-tanda kiamat.
Berdasarkan kitab yang dterbitkan oleh Darul Minhaj, pada tahun
2004, kandungan kitab ini merangkumi 415 halaman. Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment