Buku
Cahaya Yang Menerangi adalah karya yang menghimpunkan 200 soal jawab bersama Syeikh
Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki () dalam isu akidah dan hukum-hakam feqah.
Soalan-soalan yang diajukan semasa sesi pengajian talaqqi ini dijawab oleh
Syeikh Nuruddin secara spontan. Buku ini dterbitkan oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd
pada tahun 2017 dengan ketebalan merangkumi 164 halaman.
Usaha
pembukuan soal jawab ini telah diambil inisiatif oleh Ustaz Muhadir
Haji Joll supaya manfaatnya dapat
menyebar lebih luas kepada masyarakat.
Antara permasalahan yang dijawab oleh Syeikh
Nuruddin:
a)
Membawa
atau memegang al-Quran digital.
b)
Solat
menghormati waktu.
c)
Bangkai
cicak dalam makanan.
d)
Air
mata orang hidup menitis ke muka mayat.
e) Pakaian
bernajis disekalikan dengan pakaian lain di dalam mesin basuh dan banyak
lagi.
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment