Kitab
al-Kamil fi al-Fiqh (الكامل في الفقه)
adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Imam Ibn al-Hadus,
Abu Muhammad al-Mu’afa bin Ismail bin al-Husain bin Abu al-Sinan al-Mawshili al-Syafi’i
(551-630H)[1].
Dalam
kitab ini dihimpunkan permasalahan fiqh Syafi’i berdasarkan kitab-kitab dari
dua tariqah, iaitu Tariqah Khurasan dan Iraq. Ia sebuah kitab yang agak tebal,
hampir menyamai ketebalam kitab Rawdhah al-Thalibin (روضة الطالبين,
iaitu karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi
(631-676H).
Semoga
bermanfaat.
[1]
Di antara karya beliau yang lain ialah kitab Anis Munqathi’in (انيس المنقطعين الى عبادة رب العالمين), Nihayah al-Bayan fi Tafsir al-Quran, Mujiz fi al-Zikr dan Nuzhah al-Muthi’in wa Rawdhah al-Muqthi’in.
No comments:
Post a Comment