Kitab Nihayah al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj (نهاية المحتاج إلي شرح المنهاج) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i
yang terkenal dan dianggap antara kitab rujukan utama di kalangan ulama mazhab
Syafi’i yang mutaakhirin. Kitab ini disusun oleh Imam Syamsuddin Muhammad bin
Abu al-Abbas Ahmad bin Hamzah bin Syihabuddin al-Ramli al-Manufi al-Mishri al-Anshari
(919-1004H), atau yang biasa dikenali dengan nama Imam al-Ramli. Beliau terkenal
dengan julukan “al-Syafi’i al-Shaghir”
(Imam Syafi’i kecil).
Sebagaimana judulnya, kitab Nihayah al-Muhtaj disusun oleh Imam al-Ramli sebagai sebuah kitab syarah
(huraian) bagi kitab Minhaj al-Thalibin wa
Umdah al-Muftin, iaitu sebuah kitab fiqh karya al-Imam Muhyiddin Abu
Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H).
Kitab Nihayatul Muhtaj
adalah salah satu kitab syarah terbaik di antara sekian banyak kitab syarah
Minhaj al-Thalibin. Bahkan menurut sebahagian ulama kitab ini menempati urutan
kedua terbaik syarah al-Minhaj setelah kitab Tuhfatul Muhtaj karya Imam Ibnu Hajar al-Haytami (973H).
Kitab ini mempunyai kedudukan yang penting dalam mazhab
Syafi’i. Ramai para ulama Syafi’iyah setelah masa Imam al-Ramli yang memuji
kehebatan dan keunggulan kitab ini bersama kitab al-Tuhfah, sehingga kebanyakan
ulama Syafi’iyah menjadikan kitab ini sebagai rujukan dan pegangan utama ketika
mereka berfatwa.
Kitab Nihayah al-Muhtaj ini pernah disodorkan, dibacakan,
diminta kritik serta diminta betulkan oleh pengarangnya sendiri di hadapan lebih
dari 400 ulama dan setelah mereka mengkaji secara saksama, mereka menyatakan
shahih tanpa meragukan sedikitpun terhadap keabsahannya.
Selain menghuraikan isi kandungan kitab al-Minhaj dan
menjelaskan maknanya, Imam al-Ramli juga memperjelas permasalahannya, serta
menambahkan dalil-dalil syar’iyah dari al Qur’an, al-Sunnah dan pendapat-pendapat
para ulama mazhab Syafi’i yang muktabar, sama ada di kalangan tokoh ulama
generasi terdahulu (mutaqqimin) atau terkemudiaan (mutaakhirin).
Sistematik penyusunan kitab ini adalah sama dengan kaedah penyusunan
kitab al-Minhaj dari segi susunan bab perbahasannya, iaitu dimulai dengan kitab
al-Thaharah (bersuci) dan diakhiri
dengan kitab Ummahatil Aulad.
Mengikut versi kitab yang
diterbitkan Darul Kutub al-Ilmiyah, kitab ini dicetak dengan 8 jilid berserta
dua hasyiyahnya, iaitu Hasyiyah Abu al-Dhiya’ Nuruddin Ali bin Ali al-Syibramalisi
(977-1087H) dan Hasyiyah Ahmad bin Abdur Razaq bin Muhammad atau yang dikenal
dengan sebutan al-Maghribi al-Rasyidi (1087H).
Untuk membaca dan memuat turun kitab Nihayah al-Muhtaj dalam bentuk fail PDF, sila klik Cover, Jilid 1, Jilid 2, Jilid 3, Jilid 4, Jilid 5, Jilid 6, Jilid 7, Jilid 8. Semoga bermanfaat.
Untuk membaca dan memuat turun kitab Nihayah al-Muhtaj dalam bentuk fail PDF, sila klik Cover, Jilid 1, Jilid 2, Jilid 3, Jilid 4, Jilid 5, Jilid 6, Jilid 7, Jilid 8. Semoga bermanfaat.
salam ingin mencaei terjemahan kotab ini jilid ke empat dgn segera harap membantu terima kasih
ReplyDeleteassalamualaikum, saya ingin mencari terjemahan kitab nihayatul muhtaj jilid 7
Deleteقوله لمس الرجل المرأة وينتقض وضوء كل منهما مع لذة اولا عمدا اوسهوا او كرها ولو كان الرجل هرما او ممسوحا او كان احدهما من الجن ولو كان على غير صورة الأدمى حيث تحققت المخلفة في الذكورة والأنوثةالتي هي اول شروط النقص باللمس وهو انيكون
ReplyDeleteJilid 3
ReplyDelete