Friday, March 12, 2021

Himpunan Hadis Modal Insan


Buku Himpunan Hadis Modal Insan merupakan sebuah karya huraian hadis yang disusun oleh Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri (sekarang Dato’) dan diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd. 

Dalam buku ini terdapat 50 hadis Nabi saw yang disusun di bawah 50 tema/tajuk. Buku ini telah diterbitkan dalam dua jilid, di mana setiap jilid menghimpunkan 25 hadis Nabi saw. Jilid pertama – diterbitkan dengan cetakan pertama pada bulan Mac 2007, manakala Jilid kedua – diterbitkan dengan cetakan pertama pada bulan Julai 2007. 

Buku Himpunan Hadis Modal Insan ini memaparkan hadis-hadis yang merangkumi 4 aspek kehidupan, iaitu;


1) Membentuk peribadi dan sahsiah insan: seperti akhlak, ilmu, sifat istiqamah, tafakur, syukur, berani, benar, ikhlas, marah dan malu, muhasabah diri, sifat-sifat mahmudah dan sifat-sifat mazmumah.

2)  Bidang pekerjaan dan kerjaya; seperti ketekunan bekerja, pengurusan masa, inovasi, memudahkan urusan, contoh yang baik, menjauhi sifat malas dan sikap bertangguh kerja.

3)  Perhubungan sesama manusia; sperti kerjasama, nasihat menasihati, sifat mungkir janji dan dusta.

4)    Bidang ekonomi; seperti pembangunan, perbelanjaan dan mohon rezeki.

 Setiap hadis pula digarap dari segi;

1.       Pokok persoalan atau tajuk

2.       Matan hadis

3.       Sanad

4.       Maksud hadis

5.       Riwayat hidup (manaqib) serta sejarah perawi/ sahabat.

6.       Pengajaran hadis

7.       Sokongan ayat-ayat al-uran,

8.       Sokongan hadis-hadis yang lain.

9.       Mutiara kata yang berkaitan.

10.   Suri teladan yang dapat diambil.

Semoga bermanfaat.

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan ada jual x.. Buku modal insan warna merah tu?

    ReplyDelete