Friday, March 5, 2021

Safinah An-Naja: Terjemahan & Ulasan

 

Di antara matan fiqh Mazhab Syafi’i yang terkenal, yang banyak mendapat perhatian para ulama ialah kitab Safinah al-Naja (سفينة النجا), iaitu sebuah karya al-Imam Syeikh Salim bin Sumair al-Hadhrami al-Syafi’i (1271H). Inya Alah kali ini dicatatkan secara ringkas mengenai sebuah buku terjemahan dan ulasan matan Safinah Naja yang telah disusun dalam bahasa Melayu.

Buku ini diberi judul Safinah An-Naja: Terjemahan & Ulasan. Buku ini disusun oleh Ustaz Shahrizan bin Mohd Hazime dan diterbitkan oleh Pustaka Paksi Sdn Bhd, Alor Setar, Kedah – dengan cetak pertama pada tahun 2013. Isi Kandungannya merangkumi 307 halaman.

Matan Safinah An-Naja hanya membahaskan tentang ilmu asas fardhu ain yang berkaitan dengan ibadah seperti toharah, solat, zakat dan puasa. Namun dalam buku terjemahan dan ulasan ini ditambah dengan perbincangan mengenai ibadat haji dan umrah yang dipetik dari kitab matan Ghayah wa al-Taqrib (الغاية والتقريب) yang disusun oleh al-Imam al-Qadhi Abu Syuja’ Ahmad bin Husain al-Asbahani (593H).

Bagi memahami perbahasan dalam matan ini, penyusun buku ini telah menambah terjemahan bagi matan serta memberi sedikit ulasan agar pembaca memahami kehendak pengarang asal matan tersebut. Selain itu, penyusun juga telah menjelaskan nota-nota tambahan yang diambil daripada kitab-kitab fiqh yang mu'tabar agar pembaca mendapat isi tambahan yang lain.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment