Monday, March 15, 2021

Tahrir al-Maqal fi Adab wa Ahkam wa Fawa'id Yahtaj Ilayha Mu'addibu al-Athfal

Kitab Tahrir al-Maqal fi Adab wa Ahkam wa Fawa'id Yahtaj Ilayha Mu'addibu al-Athfal (تحرير المقال في آداب وأحكام وفوائد يحتاج إليها مؤدبوالأطفال) merupakan sebuah karya yang menghimpunkan hadis-hadis mengenai adab dan hukum hakam serta faedah yang diperlukan oleh seorang pendidik kanak-kanak.

Kitab ini disusun oleh al-Imam Ibn Hajar,Abu al-‘Abbas Syihabuddin Ahmad bin Muhammad bin Ali al-Haytami al-Anshari al-Syafi’i (974H).

Himpunan hadis yang terdapat dalam kitab ini disusun mengikut tema tertentu. Susunan bab seperti berikut;

1.     Hadis mengenai kemuliaan ahli al Quran (في الأحاديث الدالة على شرف أهل القرآن).

2.     Hadis mengenai beberapa kelebihan guru yang mengajar al-Quran dan murid yang mempelajarinya (في بعض الأحاديث الواردة في فضائل معلمي القرآن ومتعلميه)

3.     Hadis mengenai keharusan mengambil upah mengajar al Quran dan merawat menggunakan al Quran ( في الأحاديث الدالة على جواز أخذ الأجرة على تعليم القرآن والرقية به). 

4.     Hadis mengenai larangan mengambil upah mengajar al Quran (في الأحاديث الدالة على امتناع أخذ الأجرة على تعليم القرآن).

5.     Perbezaan pendapat para ulama mengenai penerimaan hadis-hadis yang berkaitan mengambil upah mengajar al-Quran (في بيان اختلاف العلماء في الأخذ بالأحاديث السابقة).

6.     Larangan ke atas guru daripada melihat amrad sewaktu pembelajaran (في تحذير المعلم من نظر المرد).

7.    Beberapa soalan dan jawapannya yang menjadi sebab penyusunan kitab ini (في الأسئلة والأجوبة التي هي السبب في هذا التأليف).

Dalam bab ke tujuh, dibincangkan beberapa permasalahan yang menjadi sebab utama yang mendorong Imam Ibn Hajar al-Haytami menyusun kitab ini. Perbincangan dalam bab ini disusun dalam bentuk soal jawab. Antara isu yang disebutkan ialah;

1.     Adakah diperbolehkan memukul ( berikan pengajaran ) kepada murid yang tidak hadir ke pengajian? 

2.     Keharusan merotan mendidik anak murid yang kurang adab terhadap guru.

3.     Kewajaran ibu bapa memberikan pengajaran kepada anak-anak yang degil dan kurang adab.

4.     Kaedah-kaedah menta'zir. 

Kitab ini telah dicetak dan diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan di Timur Tengah, namun saya belum menjumpai buku dalam bentuk ebook (PDF). Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan https://archive.org/download/Tharir/Binder8.pdf

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment