Kitab
Manzumah Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat (منظومة ابن العماد في المعفوات) atau Manzumah Ibn ‘Imad fi al-Najasat al-Ma’fu
‘anha (منظومة ابن العماد في النجاسات المعفو عنها) adalah
sebuah kitab fiqh yang disusun dalam bentuk nazam oleh seorang ulama yang terkenal dalam mazhab al-Syafi’i, iaitu
al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-‘Imad bin Yusuf al-Aqfahsi (808H).
Judul
asal kitab ini ialah al-Dur al-Nafis, namun ia lebih
terkenal dengan judul “Manzumah Ibn al-‘Imad”. Kandungan kitab ini membincangkan mengenai
beberapa jenis najis yang dimaafkan syarak berdasarkan mazhab Syafi’i.
Kitab
ini telah mendapat sanjungan dan pujian para ulama. Di antara mereka yang ada menyusun kitab khusus, sebagai
huraian bagi kitab ini. antaranya;
a)
al-Imam
Shihab al-Din Abu al-ʿAbbas
Aḥmad ibn Ḥamzah al-Ramli al-Anṣari al-Syafi’i (957H)
melalui karyanya Fath al-Jawad bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad (فتح الجواد بشرح منظومة ابن العماد). Kemudiannya, kitab ini telah diberikan
komentar (حاشية) pula oleh al-‘Allamah Syaikh
Husain bin Sulaiman al-Rasyidi () melalui karyanya Hasyiah 'ala Fath al-Jawad (حاشية العلامة الشيخ حسين الرشيدي على فتح الجواد). Manakala Syaikh
Sulaiman al-Jamal al-‘Ujaili (1204H) ada membuat beberapa catatan pinggir (تقريرات) terhadap kitab Fath al-Jawad ini.
b) al-‘Allamah Syaikh Syihabuddin
Ahmad bin Abdul Karim bin ‘Isa bin Ni’matullah al-Turmanini al-Halabi (1208-1293H) melalui
karyanya Syarh al-Turmanini ‘ala Manzumah Ibn al-‘Imad ( الترمانين شرح منظومة ابن العماد).
c) al-‘Allamah Syaikh Muhammad
Abdul Rauf bin Tajul ‘Arifin al-Munawi (1031H) melalui karyanya Fath
al-Rauf al-Jawad bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad (فتح الرؤوف الجواد بشرح منظومه ابن العماد)
Di
samping karya yang menghuraikan kandungan matan Manzumah Ibn al-‘Imad, ada juga ulama yang membuat ringkasan
(mukhtashar) bagi matan fiqh ini. Sekadar rujukan yang ada, saya dapati Syaikh al-‘Allamah Syihabuddin Ahmad
al-Syarunbulali al-Syafi’i (), iaitu seorang mufti daerah Haleb, Iraq pada
zamannya telah membuat ringkasan melalui karyanya yang berjudul Manzumah al-Durrah al-Muntadhirah fi Ma’fuwa
min al-Najas (منظومة الدرة المنتضِرَة في المَعْفُوِّ من النجاس).
Kitab
Manzumah al-Durrah al-Muntadhirah ini,
kemudiannya telah berikan huraian (syarah) oleh para ulama yang lain,
antaranya;
a)
Syaikh
Ahmad bin Ahmad bin Muhammad bin Muhammad al-Suja’i (1197H), melalui
karyanya al-Fawaid al-Muzhirah bi Syarh
al-Durrah al-Muntadhirah (الفوائد المزهِرَة بشرح الدرة المُنتضِرَة).
b)
Syaikh
Abdul Aziz Khalifah al-Qushshar melalui karyanya al-Mukhtashar fi Syarh Manzum
al-Ma’fuwat al-Musamma al-Durrah al-Muntadhirah (المختصر في شرح منظومة المعفوات المسماة الدرة المنتضرة).
Kitab Manzumah Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat (منظومة ابن العماد في المعفوات) telah diterbitkan
oleh Dar al-Minhaj dengan cetakan pertamanya pada tahun 2015. Ketebalan kitab
ini merangkumi 160 halaman.
Manuskrip
kitab Manzumah Ibn al-‘Imad boleh
dilayari dipautan http://www.alukah.net/manu/files/manuscript_5411/emad.pdf . Manakala Kitab versi cetakan boleh dimuat turun di pautan https://ia804602.us.archive.org/3/items/fiqh17001/fiqh17346.pdf.
Manuskrip kitab Fath al-Jawab bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad karya Imam Ahmad
al-Ramli boleh dilayari di pautan http://www.alukah.net/manu/files/manuscript_3886/makhtot.pdf. Manakala kitab versi cetakan boleh dimuat turun di pautan https://ia903100.us.archive.org/6/items/Fath-Aljawad/%D9%81%D8%AA%D8%AD%20%D8%A7%D9%84%D8%AC%D9%88%D8%A7%D8%AF.pdf
Semoga
bermanfaat.
alhamdulillah info yg bermanfaat
ReplyDeleteTerjemahan nadhom nya GK ad?!
ReplyDelete