Kitab “ Safinah al-Shalah ”
Kitab
Safinah al-Shalah, sebagaimana
diterangkan di atas adalah sebuah kitab fiqh ringkas mengenai tuntutan
perlaksanaan ibadat solat, merangkumi cara-cara bersuci dan kaedah-kaedah
perlaksanaan solat menurut mazhab Imam al-Syafi'i. Mengenai sistematik isinya,
kitab (matan fiqh) ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu;
a) Pendahuluan berisi hamdalah dan shalawat;
b) Isi pula meliputi dua bahagian, iaitu akidah (makna kalimat Syahadatain), dan penerangan mengenai solat, yang merupakan kandungan utama kitab ini.
c) Penutup berisi shalawat.
a) Pendahuluan berisi hamdalah dan shalawat;
b) Isi pula meliputi dua bahagian, iaitu akidah (makna kalimat Syahadatain), dan penerangan mengenai solat, yang merupakan kandungan utama kitab ini.
c) Penutup berisi shalawat.
Melihat
keseluruhan isi kitab Safinah al-Shalah ini, tepatlah dikatakan ia adalah kitab
fiqh. Kitab ini dianggap sebuah kitab yang berbentuk matan fiqh kerana ringkasnya
huraian, tanpa disebutkan dalil-dalil dan permasalahan yang lebih luas yang
berkaitan ibadat solat.
Kitab “ Sullam al-Munajah Syarh Safinah
al-Shalah ”
Bagi
memperluaskan lagi perbahasan tentang solat, al-Syeikh Muhammad Nawawi
al-Bantani telah menulis kitab syarah (huraian) bagi kitab Safinah al-Shalah
tersebut, yang diberikan judul Sullam al-Munajat. Kitab ini pertama
kali diterbitkan pada tahun 1297 Hijriyah. Dalam penulisannya, Syaikh Muhammad
Nawawi al-Bantani telah melakukan penghuraian (pensyarahan) kepada seluruh
kitab matan tersebut, iaitu meliputi pendahuluan, isi dan penutup.
Bagi
pendahuluan kitab asalnya yang hanya berisi hamdalah
dan shalawat, Syeikh Muhammad
Nawawi telah menulis syarahnya dengan cukup panjang, iaitu sampai mengungkapkan
"misteri" nama Muhammad (Rasulullah), dan menyediakan gambar rajah tentang al-Khulafa al-Rasyidun.
Di
bahagian isi, Syeikh Muhammad Nawawi membuat syarah sesuai dengan bahagian isi
dalam kitab matan, iaitu bidang akidah dan bidang tuntunan solat;
a)
Di
bidang akidah, Syeikh Nawawi telah
menyusun syarah cukup panjang yang meliputi pembahasan tentang makna syahadat,
sifat-sifat Tuhan, dan sifat-sifat Rasul, khususnya Nabi Muhammad saw. Dalam
masalah iman, Syeikh Muhammad Nawawi menghuraikan bahagian-bahagian iman
(ajza'u al-iman), dan sampai pada konsep dan kedudukan kafir.
b) Mengenai tuntunan solat
secara praktis, dalam syarahnya, Syeikh Nawawi telaal-Qur'an atau al-Sunnah,
mengemukakan masalah-masalah dan pemecahannya lengkap dengan sumber
pengambilannya.
Manakala
di bahagian penutup yang berisi hamdalah dan shalawat, dalam syarahnya, Syeikh
Nawawi telah memperluaskan maksud shalawat yang dalam erti harfiahnya ialah
mendo'akan Nabi, sedang hamdalah dinyatakan sebagai sifat bagi Allah.
Mengenai
gaya penghuraiannya, Syeikh Muhammad Nawawi mengemukakan huraian tambahan di
bawah pernyataan tanbih, far'un, dan i'lam; ungkapan ini semuanya berjumlah
7 kali. Kemudian, untuk mempermudah analisis, Syaikh Muhammad Nawawi
menyediakan gambar rajah tentang masalah-masalah tertentu. Dalam masalah
penentuan arah kiblat, Syaikh Muhammad Nawawi membuat gambar rajah pemetaan
falakiyah; dalam masalah hubungan wuduk, mandi., dan shalat, Syaikh Muhammad Nawawi
membuat tabel linier; dan dalam pembahasan hikmah dan makna solat, Syaikh
Muhammad Nawawi membuat gambar rajah dalam bentuk "pohon" ikhlas.
Kemudian, dalam melengkapi penjelasan, al-Syeikh Muhammad Nawawi melengkapinya
dengan illustrasi dengan masalah pembahasan.
Memperhatikan
syarah yang disusun oleh Syeikh Muhammad Nawawi tersebut, terlihat pembahasan
yang luas yang bukan hanya menjelaskan atau mengomentasi kitab matannya.
Contohnya; dalam kitab matan tidak diterangkan mengenai cara menentukan arah
kiblat; sedangkan dalam syarahnya, ketika menerangkan kewajipan menghadap
kiblat, Syeikh Muhammad Nawawi menerangkan arah kiblat dengan persyaratannya di
bawah kata i'lam (ketahuilah), lalu
menggambarkan dan menjelaskan rumus-rumus falakiyah untuk menentukan arah
kiblat dengan contoh lokasi wilayah Banten. Rumus falakiyah itu kemudian
dilengkapi dengan gambar rajah.
Demikian
pula ketika kitab matan mengakhiri huraian tentang kaifiyat solat, Syeikh
Muhammad Nawawi menjelaskan dalam syarahnya tentang hikmah solat, baik dari
segi perbuatan dan bacaannya maupun dari segi jumlah raka'at dan
waktu-waktunya. Huraian tentang hikmah solat ini kemudian ditunjukkan melalui gambar
rajah bahagian-bahagian dan struktur solat yang berbentuk pohon dengan akar,
batang, ranting, daun, dan buah.
Meskipun
Sulam al-Munajah karya Syeikh Muhammad Nawawi tersebut berbentuk syarah, namun ia
bukan sekadar komentar terhadap kitab matannya, bahkan dapat memperlihatkan
kemandirian idea dan pemikiran-pemikirannya. Dengan kemandirian yang
diperlihatkannya itu, cukup beralasan jika dikatakan bahawa karya Syeikh
Muhammad Nawawi al-Bantani ini adalah berkualiti sebagai karya mandiri.
Kitab
Sullam al-Munajat boleh dimuat turun dan dibaca melalui berikut;
Artikel di
atas dipetik dan diubahsuai dari pautan
No comments:
Post a Comment