Kitab Tuhfah al-Muhtaj bi Syarh al-Minhaj merupakan sebuah kitab fiqh yang terkenal,
yang menjadi rujukan para ulama mazhab al-Syafi’i pada zaman mutaakhir. Kitab
ini adalah karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali
bin Hajar al-Makki al-Haytami (909-973H), yang lebih terkenal dengan
panggilannya Ibn Hajar al-Haytami.
Kitab yang lebih dikenali dengan judul ringkasnya
al-Tuhfah
ini merupakan sebuah kitab yang menghuraikan (mensyarahkan) sebuah karya Imam
al-Nawawi (631-676H) yang berjudul Minhaj al-Thalibin. Di dalam muqaddimahnya,
Ibn Hajar al-Haytami berkata, “ Setelah
itu, sudah lama terlintas di dalam fikiranku untuk mengambil berkah dengan
memberi sumbangan tehadap sebahagian kitab-kitab Abu Zakariyya Yahya al-Nawawi
hinggalah saya berazam untuk berkhidmat terhadap kitabnya al-Minhaj dengan
berpedoman kepada kitab-kitab syarahnya yang banyak beredar, serta memberikan
jawapan dan tanggapan terhadap beberapa persoalan yang terdapat di dalamnya
” (al-Haytami, 1996:6)
Kitab al-Tuhfah ini merupakan sebuah kitab fiqh
utama dalam mazhab al-Syafi’i, yang paling banyak menjadi pegangan muktamad
para ulamanya di samping kitab Nihayah
al-Muhtaj ila Syarh al-Minhaj, iaitu karya Imam Syamsuddin al-Ramli (1004H),
di dalam menjelaskan pendapat-pendapat yang difatwakan di dalam mazhab setelah
era al-Nawawi.
Kitab Tuhfah al-Muhtaj ini sudah dicetak berulang
kali bersamaan dengan hasyiahnya, iaitu;
1.
Hasyiah al-‘Allamah
Ahmad bin Qasim al-‘Ubbadi (994H)
2.
Hasyiah al-‘Allamah
Abdul Hamid al-Syarwani al-Daghistani
Menurut al-Syaikh Dr. Wahbah al-Zuhayli, cetakan kitab al-Tuhfah
yang paling elok adalah cetakan Dar al-Kutub
al-‘Ilmiyyah di Beirut yang ditashihkan oleh Syaikh Muhammad Abdul Aziz
al-Khalidi.
Download kitab al-Tuhfah di pautan berikut;
Islamweb.net (baca online)
http://www.islamport.com/isp_eBooks/shf/e-Books/1718.rar
http://islamport.com/w/shf/Web/1718/1.htm (baca online)
http://www.almeshkat.net/books/archive/books/tuhft_%20almuhtaj.zip
Semoga bermanfaat.
Tuhfatul muhtaj ada terjemahan x
ReplyDelete