Buku yang ingin saya kongsi bersama pembaca kali ini ialah sebuah buku
yang sangat popular sekarang ini, yang menjadi rujukan di kalangan masyarakat
Islam di Malaysia, iaitu buku yang berjudul “ INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ”.
Buku ini merupakan hasil karya tokoh agama
dan pendakwah yang tidak asing lagi di negara
kita iaitu Dato’ Ismail Kamus , serta dibantu oleh Ust. Mohd. Azrul Azlen Abd.
Hamid, seorang pensyarah di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia (UIA). Buku ini diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd dengan cetakan
pertama pada Mac 2009.
Berikut maklumat ringkas mengenai buku ini
sebagaimana yang dicatat di bahagian cover belakangnya;
“ Kandungan
buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu
ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia
merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan
pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin
dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan
al-Quran dan hadis sahih.
Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan stepby-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.
Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah. Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan stepby-step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik.
Buku ini
seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber,
sekolah dan individ ”.
Buku ini dibahagikan kepada tujuh bab, iaitu;
1. Syariat
Kelahiran
2. Pendidikan Awal
Kanak-kanak
3. Syariat
Berkaitan Remaja
4. Fardu Ain
Asas
5. Munakahat (
Hukum Perkahwinan)
6. Syariat
Dalam Bermasyarakat
7. Syariat
Sunat Harian Sepanjang Masa
Buku ini masih ada di pasaran dan telah terbitkan edisi barunya yang telah dikemaskini. Ia masih ada dijual di kedai-kedai buku agama di seluruh negara. Boleh juga
dibeli secara online di kedai-kedai buku online yang terkenal di alam cyber. Selamat membaca.
No comments:
Post a Comment