Buku “ Qanun Jinayah Syar’iah Dan Sistem Kehakiman
Dalam Perundangan Islam Berdasarkan al-Quran Dan al-Hadith ” merupakan
sebuah karya fiqh kontemporari yang khusus membincangkan bidang fiqh jenayah
dan kehakiman dalam Islam.
Buku ini adalah
antara karya fiqh yang bermutu, yang disusun dalam Bahasa Melayu moden, yang
dapat menandingi karya-karya fiqh klasik dalam bidang perundangan Islam, yang
pernah dihasilkan oleh ulama-ulama nusantara terdahulu seperti kitab Mir-at al-Thullab karya al-Fanshuri dan Hidayah
al-Muta’allim wa ‘Umdah al-Mu’allim karya Syaikh Daud al-Fathani.
Buku ini telah
disusun oleh Haji Said Haji Ibrahim (1923-2001M), bekas Mufti negeri Sabah dan
diterbitkan oleh Darul Ma’rifah, Kuala Lumpur dengan cetakan pertamanya tahun
1996.
Buku ini
menjelaskan kedudukan undang-undang jenayah dalam Islam, iaitu Hudud, Qisas dan
Takzir dalam Sistem Perundangan Islam mangikut peruntukan hukum Syara’ yang
disebutkan di dalam Quran dan Hadis.
Hukuman
jenayah (hudud, qisas dan takzir) yang
berteraskan Quran dan Hadith tidak boleh diketepikan dan tidak boleh dihalang
perlaksanaanya oleh undang-undang yang dibuat oleh manusia, kerana
undang-undang yang digubal oleh manusia itu tidak boleh mengatasi undang-undang
Allah dan menolak Wahyu Ilahi.
Oleh itu
buku “Qanun Jinayah Syar’iyah” ini
memberi manfaat dan faedah yang besar terhadap pembaca, pengkaji dan perujuk,
khususnya peminat undang-undang Syar’iyah yang ingin untuk mengetahui hakikat
sebenar kes-kes yang boleh didakwa dan yang dikenakan hukuman mengikut
undang-undang jenayah Islam serta cara-cara penghakiman kes-kes itu. Buku
setebal 514 halaman ini, sangat baik untuk dibeli sebagai bahan
rujukan.
Buku ini juga boleh dibaca bersama syarahan (huraian)nya, yang lengkap
dengan contohnya, yang disampaikan oleh ustaz Ahmad Jailani, di pautan berikut:
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment