Tuesday, December 4, 2012

'Umdah al-Qari


Kitab Umdah al-Qari merupakan kitab syarah bagi Kitab Shahih al-Bukhari hasil karya al-Imam Badr al-Din al-‘Aini (855H). Beliau seorang ulama bermazhab Hanafi yang hidup sezaman dengan Ibn Hajar al-‘Asqalani. Dalam Umdah al-Qari, al-‘Aini telah mengkritik Fath al-Bari karya Ibn Hajar al-‘Asqalani. Malah kitab ini dikarang sebagai satu kritikan terhadap Fath al-Bari yang dianggap oleh al-‘Aini sebagai lebih cenderung menyokong pendapat mazhab Syafi’i dalam sesuatu isu yang melibatkan pandangan fikah.
Dalam Umdah al-Qari, al-Aini juga mengkritik khutbah Ibnu Hajar dalam muqadimah Fath al-Bari. Ibn Hajar al-‘Asqalani telah menjawab kritikan tersebut dalam kitabnya Intiqadh al-I’tiradh, namun beliau tidak sempat menyempurnakannya, kerana meninggal lebih awal. Walau bagaimanapun, para  ulama menilai bahawa jawapan Ibnu Hajar terhadap kritikan itu amat kuat.
Secara fizikalnya, kitab ini ‘Umdah al-Qari lebih besar dan tebal, jika dibandingkan dengan Fath al-Bari. Walau begitu, sebahagian ulama menilai bahawa al-‘Aini ketika menyusun kitab ‘Umdah al-Qari juga banyak merujuk dari Fath al-Bari. Oleh sebab itulah, Syeikh Zahid al-Kautsari, ulama Daulah Utsmaniyah yang bermazhab Hanafi berpendapat bahawa Umdah al-Qari lebih lengkap dari Fath al-Bari.

No comments:

Post a Comment