Showing posts with label Syaikh Daud al-Fathani. Show all posts
Showing posts with label Syaikh Daud al-Fathani. Show all posts

Monday, January 14, 2019

Munyatul Musolli Versi Bahasa Malaysia


Buku Munyatul Musolli Versi Bahasa Malaysia ini adalah sebuah karya terjemahan (pengubahsuaian) dari bahasa Melayu Klasik (Patani) ke dalam Bahasa Malaysia bagi kitab Munyatul Musolli (منية المصلي) karya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, seorang ulama terkenal di Nusantara. Usaha penyusunan kembali kitab ini dilakukan oleh al-Fadhil Ustaz Muhammad Ramzi bin Omar. Buku ini diterbitkan oleh Pustaka Ilmuan, Selangor dengan cetakan pertamanya pada tahun 2015.

Bagi mengetahui maklumat lanjut mengenai buku ini, saya bawakan petikan “Kata Penterjemah”nya;

Kitab berjudul Munyatul Musolli yang Melengkapi Masail al-Durar waa al-La'ali (Dambaan Orang yang Solat yang Melengkapi Masalah-Masalah Bak Batu-Batu Permata dan Mutiara) merupakan kitab yang terkenal dalam kalangan masyarakat Islam di Nusantara. Walaupun ia merupakan kitab yang kecil saiznya berbanding sekian banyak kitab-kitab lain yan dikarang oleh Syeikh Daud al-Fatani, namun manfaatnya tersebar luas merentasi tempat dan masa. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Syeikh Daud al-Fatani merupakan salah seorang ulama yang membentuk hala tuju masyarakat Islam Malaysia dan Nusantara dalam menghayati amalan keagamaan mereka.

Kitab ini pada asalnya ditulis dalam bahasa Melayu Klasik sesuai dengan bahasa penulisan pada zaman Syeikh Daud. Justeru, ia agak sukar difahami oleh kebanyakan pembaca melainkan mereka yang terbabit secara langsung dalam pengajian kitab-kitab jawi klasik. Penterjemah (penyusun) merupakan di antara sekian ramai umat Islam di Malaysia yang mengambil manfaat daripada kitab terbabit, sama ada melalui pembelajaran mahu pun pengajaran. Pengalaman mengajar kitab tersebut kepada masyarakat mencetuskan inspirasi untuk membuat beberapa catatan kepada sesetengah isi kandungannya sebagai membantu menambahkan lagi kefahaman terhadap kitab  tersebut.

Catatan-catatan yang dibuat dimasukkan dalam bentuk nota kaki merangkumi ulasan sesetengah hukum-hukum feqah yang berkaitan, pengenalan kepada beberapa orang tokoh ulama yang disebutkan dalam kitab ini, serta sumber rujukan terhadap beberapa isi kandungan yang dirasakan perlu seperti sumber-sumber hadith dan rujukan kitab-kitab  yang berkaitan.

Dalam usaha mencatatkan beberapa fakta sebagai pencerahan kepada kitab ini, maka penyusun merasakan kitab ini perlu diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia demi memudahkan lagi kefahamannya di kalangan pembaca. Justeru, apa yang ada pada tatapan pembaca merupakan naskah Munyatul Musolli yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia, di samping beberapa pencerahan melalui nota-nota kaki yang dimasukkan.

Selain daripada itu, demi mengekalkan keaslian kitab terbabit maka kami sertakan versi asal kitab tersebut dalam tulisan jawi yang dimuatkan dibahagian belakang buku ini. Walaupun begitu, sistem tulisan jawinya ditukarkan kepada sistem ejaan jawi moden, namun lenggok bahasa atau uslubnya tetap kekal seperti bahasa asalnya.

Selain kitab Munyatul Musolli, dalam buku ini juga dilampirkan bersama sebuah karya Syeikh Daud al-Fatani yang lain yang berjudul Bahjatul Mardhiah. Kitab ini juga telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia daripada bahasa asalnya.

Buku ini perlu dimiliki dan menjadi bahan bacaan rujukan umat Islam, khususnya mereka yang sedang mentela’ah dan mempelajari isi kandungan kitab Munyatul Musolli. Buku ini boleh menjadi panduan yang berguna untuk memahami isi kandungan kitab Munyatul Musolli dengan lebih jelas dan tepat. 

Semoga bermanfaat.

Sunday, July 15, 2018

Kifayatul Muhtaj fi al-Israk wal Mikraj (كفاية المحتاج في الإسراء والمعراج)


Kitab Kifayatul Muhtaj fi al-Israk wal Mikraj (كفاية المحتاج في الإسراء والمعراج) merupakan sebuah karya al-‘Allamah Syaikh Daud bin Abdullah al-Fathani (), yang khusus membicarakan mengenai peristiwa Israk dan Mikraj yang dilalui oleh Nabi Muhammad saw.

Kifayah al-Muhtaj ini selesai ditulis oleh Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani di  Makkah al-Musyarrafah, pada hari Selasa, antara waktu Zhuhur dan ‘Ashar, 27 Muharram 1224 H. Kitab ini merupakan terjemahan  isi kandungan Risalah Najmuddin al-Ghaithi dan syarahnya oleh Syeikh Ahmad Syihabuddin al-Qalyubi. Selain itu, Syaikh Daud bin ‘Abdullah al-Fathani juga menggunakan kitab-kitab lain sebagai rujukan.

Kitab Kifayatul Muhtaj ini telah dicetak berulang-ulang kali dari dulu hingga sekarang. Di antara cetakan terawal kitab ini ialah cetakan yang kedua oleh Mathba‘ah at-Taraqqil Majidiyah, Makkah, 1330 H, ditashhih oleh Syeikh Idris bin Husein al-Kalantani.


Catatan di atas adalah petikan yang diubahsuai dari artikel di pautan Israk Mikraj dan Kebangkitan Ummah Siri 1 oleh Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah. Semoga bermanfaat.

Monday, February 13, 2017

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 15 (AKHIR)


Kelebihan Bangun Malam [1]


Dan demikian lagi setengah daripada yang tiada dituntut berjemaah sembahyang Tahajjud, iaitu sembahyang malam kemudian daripada tidur. Sekurang-kurangnya dua rakaat. Adalah empat rakaat atau enam rakaat atau delapan rakaat afdal[2].


واعلم[3] أن قيام الليل من أثقل شيء على النفس ولا سيما بعد النوم،

Maka sayugianya kita memelihara akan segala sembahyang yang tersebut itu barang sedapatnya, istimewa pula pada sangat-sangat kita kerjakan[4]  sembahyang malam kerana ia terlebih sangat berat sesuatu atas nafsu[5], lebih-lebih lagi selepas bangun daripada tidur[6] .


وإنما يصير خفيفاً بالاعتياد والمداومة، والصبر على المشقة، والمجاهدة في أول الأمر.

Dan sesungguhnya jadi ringan apabila dikekalkan atasnya, sabar atas kepayahannya dan melawan akan nafsunya pada permulaannya.


ثم بعد ذلك ينفتح باب الأنس بالله تعالى وحلاوة المناجاة له، ولذة الخلوة به عز وجل.

Kemudian daripada demikian itu jadi dibukakan dia pintu berjinak-jinak ia dengan Allah 'Azza wa Jalla, manis munajat dan lazat ia bersunyi-sunyi dengan Tuhannya.


 وعند ذلك لا يشبع الإنسان من القيام، فضلاً عن أن يستثقله أو يكسل عنه، كما وقع ذلك للصااحين من عباد الله .

Dan pada ketika yang demikian itu tiada kenyang seseorang daripada berdiri, [sebagaimana yang berlaku kepada ]  orang solihin [dari kalangan hamba-hamba Allah][7].


       
وأخبارهم في ذلك كثيرة مشهورة. وقد صلَّى خلائق منهم الفجر بوضوء العشاء رضي الله عنهم (أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَى اللّهُ فَبِهُدَاهُمُ اقْتَدِهْ)[الأنعام:90].

Seperti beberapa riwayat yang masyhur daripada hal mereka itu[8]. Setengah daripadanya  orang yang sembahyang shubuh dengan air sembahyang Isyak. {Mereka itulah orang yang dapat penunjuk daripada Allah. Maka dengan penunjuk mereka itu kita ikut}[9]


وإن عجزتَ عن كثير من القيام بالليل فلا تعجز عن القليل منه.

Dan jika lemah daripada banyak, maka kerjakan sedikit barang kuasanya [10]. 

وقد ورد في بعض الآثار: أن من يكثر النوم بالليل يأتي فقيراً يوم القيامة. والإكثار من النوم الذي فيه ذهاب بركة العمر وضياع الوقت
[11]

Maka datang pada hadis[12] , bahawasanya orang yang  banyak tidur malam itu datang pada hari kiamat fakir. Dan lagi orang yang banyak tidur menghilangkan berkat umurnya dan sia-sia waktunya,  { yang ia (adalah) modalnya }[13].



Amalan Perlu Istiqamah[14]


واعلم أن القليل الدائم خير من الكثير المنقطع، وقال عليه الصلاة والسلام : (أحب الأعمال إلى الله أدومها وأن قل).

Ketahui olehmu, amal yang berkekalan terlebih baik daripada banyak yang putus. Sabda Nabi saw ; “ Yang terlebih kasih amal kepada Allah Ta’ala itu yang dikekalkan dia dan jika sedikit sekalipun”.[Riwayat al-Bukhari dan Muslim daripada ‘Aisyah].



وليتخذ هذا القارئ المذكور ورداً لازماً يواظب عليه، ويقضيه إذا فاته، حتى تعتاد النفس المواظبة وتتمرَّن على المداومة، ولا يفوته إلا لعذر.

Wahai pembaca ! jadikanlah perkara ini sebagai amalan yang biasa dilakukan, [ dan sunat mengqadakan sembahyang sunat yang tersebut itu apabila luput ][15], sehingga menjadi menjadi kebiasaan diri melakukannya secara berterusan dan berkekalan, serta tidak meninggalkannya melainkan kerana keuzuran[16].


 [17] .اللهم اجعلنا من المحافظين والمقيمين الصلاة المخلصين لوجهك الكريم يا رب العالمين


[1]Tajuk kecil berdasarkan kitab al-Nashaa-ih (hal. 138-142), S. Ahmad Semait (hal. 154). Syaikh Daud Fathani telah meringkas  pembicaraan mengenai solat tahajud ini. di mana beliau hanya memetik beberapa  petikan dari al-Nashaih bagi mengisi kitab Munyah al-Mushalli (HWM Shaghir , hal. 129).
[2] Petikan dari HWM Shaghir, hal. 129 ).
[3] Perkataan ( واعلم ) bererti  “ dan ketahuilah ” ia telah ditinggalkan oleh Syaikh Daud. Beliau telah membuat pengubahsuaian dengan menggantikannya dengan susun kata yang lain.
[4] Petikan ini bukan terjemahan teks Arab di atas, ia disebutkan oleh Syaikh Daud Fathani bagi menyesuaikan dengan susun ayat dalam kitab Munyah al-Mushalli, yang menerangkan mengenai  solat-solat sunat.
[5] Ini merupakan terjemahan bagi ayat (  أن قيام الليل من أثقل شيء على النفس ) di atas.
[6] Tambahan pentahkik berdasarkan teks asal yang bergaris di atas. Nampaknya Syaikh Daud  telah meringkaskan  nukilannya dengan meninggalkan sebahagian dari teks asalnya. Lihat al-Nashaih (hal.140)
[7] Petikan dalam [ ] adalah tambahan penyusun sebagai terjemahan petikan yang bergaris dalam teks Arabnya. Syaikh Daud Fathani nampaknya telah meringkaskan terjemahannya.
[8] Syaikh Daud Fathani telah membuat perubahan susunan terjemahan petikan وأخبارهم في ذلك كثيرة مشهورة, bagi menyesuaikannya dengan susunan kitab Munyah Mushallinya. Syed Ahmad Semait menterjemahkannya “ Memang terdapat banyak cerita-cerita mengenai orang-orang beribadat di waktu malam itu” (hal. 159).
[9] Dalam al-Nashaa-ih, ia merupakan maksud bagi ayat al-Quran, iaitu ayat 90, surah al-An-'am.
[10] al-Nashaih (hal. 141), S.Ahmad Semait (hal. 159).
[11] Petikan ini asalnya adalah kata-kata penyusun al-Nashaih yang terletak sebelum perkataan وقد ورد في بعض الآثار, sengaja diubahsuai di sini agar ia sesuai dengan susunan petikan dalam Munyah al-Mushalli.                                                                                          
[12] Dalam al-Nashaa-ih: ( قد ورد في بعض الآثار  ) yang diterjemahkan dalam S. Ahmad Semait (hal.158) sebagai “ Tersebut dalam athar……. " .
[13] Tambahan daripada Syeikh Daud Fathani.
[14] al-Nashaih (hal. 142), HWM Shaghir (hal. 134)
[15] Terjemahan Syaikh Daud Fathani  bagi teks Arab yang bergaris di atas. Ia merupakan perkataan terakhir Syaikh Daud Fathani dalam Munyah al-Mushalli yang membicarakan mengenai sembahyang. Lihat HWM Shaghir (hal. 134)
[16] Tambahan pentahkik sebagai terjemahan bebas teks Arab di atas. Hanya teks yang bergaris sahaja yang dipetik dan diterjemahkan oleh Syaikh Daud Fathani. Lihat nota 15.
[17] Doa ini disebutkan oleh Syaikh Daud Fathani pada akhir kitab Munyah al-Mushalli yang membicarakan sembahyang. Selepasnya Syaikh Daud Fathani menambah Tatimmul Fa-idah yang menerangkan mengenai “ raja dan barang yang bergantung akandia ”. al-Hamdulillah tamat sudah kajian saya mengenai kitab Munyah al-Mushalli ini secara ringkas Semoga bermanfaat.

Sunday, February 12, 2017

KAJIAN KITAB MUNYAH AL-MUSHALLI SIRI 14


Memelihara Sembahyang-Sembahyang Sunat[1]


1. Sembahyang Sunat Rawatib


ومن تمام المحافظة على الصلوات: حسن المحافظة على رواتبها وسننها التي ندب الشارع عليه الصلاة والسلام إلى فعلها قبل الصلاة وبعدها، وذلك لأن النوافل جوابر للفرائض كما ورد.

Dan setengah daripada kesempurnaan orang yang memeliharakan atas sembahyang dan mendirikan dia, membaikkan memeliharakan segala sunat rawatibnya dan segala sunat yang dituntut oleh syarak mengerjakan dia dahulu daripada sembahyang fardu dan kemudiannya. Kerana adalah yang demikian itu segala sunat ia menampalkan kekurangan fardunya [sebagaimana yang telah disebutkan dalam hadis][2]


فإذا وقع في الفريضة نقص واختلال بسبب قلة خشوع أو حضور قلب أو غير ذلك كانت النوافل متممات لذلك النقصان، ومصلحات لذلك الاختلال

Maka apabila jatuh pada fardu kekurangannya atau cedera sebab sedikit khusyuknya dan ketiadaan hadir hati lalainya daripada yang demikian itu adalah segala sunatnya itu menyempurnakan bagi demikian kurangnya dan membaikkan bagi demikian cedera itu.


 ومن لم تكن له نافلة بقيت فريضته ناقصة، وفاته الثواب العظيم الموعود به على فعل تلك النوافل.

Dan jikalau tiada sunatnya, maka tinggallah sembahyang fardunya itu kurang dan cedera dan luputlah ia daripada fadilat yang amat besar yang dijanji bagi orang yang mengerjakan dia. [Dan bagi orang yang mengerjakan dia dapat darjat yang tinggi.][3]


.وقد ورد: أن أول شيء يحاسب عليه العبد الصلاة. فإذا وجدت ناقصة يقال: أنظروا، هل له من نافلة تكمل بها صلاته.

Dan sungguhnya telah datang “ bahawasanya pertama-tama sesuatu dihisab atasnya akan hambaNya itu sembahyang, maka apabila didapatnya kurang, dikatakan tilik oleh kamu adalah baginya daripada yang sunat yang disempurnakan dengan dia akan sembahyangnya”.


وهذه الرواتب معروفة ومشهورة، تغني شهرتها عن ذكرها.

Sembahyang sunat rawatib ini sudah diketahui dan terkenal ( dalam masyarakat Islam), ia tidak perlu disebutkan lagi di sini[4].



2. Sembahyang Sunat Witir;


ومن المتأكد فعله والمواظبة عليه: صلاة الوتر،

Dan setengah daripada sunat yang muakkad dikerjakan dan dikekalkan mengerjakan dia (ialah) sembahyang witir[5].


 قال رسول الله -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- :( إن الله وتر يحب الوتر، فأوتروا يا أهل القرآن )[6].

Sabda Nabi saw:  “ Sesungguhnya Allah itu ganjil, ia menyukai perkara yang ganjil. Maka sembahyanglah witir wahai ahli al-Quran”.[7]


وقال عليه الصلاة والسلام :  ) الوترحق، فمن لم يوتر فليس منا([8]

Sabda Nabi saw; “ Bermula sembahyang witir sebenarnya, maka barangsiapa tiada mengerjakan witir, maka tiadalah daripada kami


وأكثر صلاة الوتر إحدى عشرة ركعة، وأقلها ركعة واحدة، ولا ينبغي الاقتصار عليها، ولا بأس بالاقتصار على ثلاث.

Dan sebanyak-banyak sembahyang witir itu sebelas rakaat dan sekurang-kurangnya serakaat, tetapi sayugianya jangan dikerjakan dia serakaat jua [kerana khilaf al-aula.][9] Dan tiada mengapa ia simpankan sekurang-kurang akmalnya tiga rakaat.


ومن أوتر بثلاث كان المستحب له أن يقرأ في الأولى بعد الفاتحة:) سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى) 

[Dan siapa yang mengerjakan witir dengan tiga rakaat, adalah sunat ][10] dibaca pada rakaat yang pertama kemudian daripada al-Fatihah ; سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الْأَعْلَى)  )


وفي الثانية:  ( قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ )

Dan pada rakaat yang kedua kemudian daripada Fatihah;   ( قُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ )


وفي الثالثة:  ( قل هوالله أحد) والمعوذتين
Dan pada rakaat yang ketiganya kemudian daripada Fatihah; قل هوالله أحد [ dan al-Mu’awwizatain[11].][12]



3. Sembahyang Sunat Dhuha;


ومن السنة: المحافظة على صلاة الضحى، وأقلها ركعتان، وأكثرها ثمان ركعات.وقيل :أثنتا عشرة وفضلها كبير.

Dan setengah daripada sembahyang sunat yang muakkad pada Dhuha[13]. Dan memadai daripada yang demikian dua rakaat yang disembahyangkan keduanya daripada sunat Dhuha. Maka adalah sekurang-kurangnya dua rakaat. Dan sebanyaknya delapan rakaat. Kata qil; Dua belas rakaat[14]. [Dan fadhilatnya sangat besar.][15]


ووقتها الأفضل: أن تصلى عند مضي قريب من ربع النهار،

Waktunya: kemudian daripada naik matahari segalah dan yang afdhalnya serubu’[16] hari[17].


وقال عليه الصلاة والسلام :(من حافظ على شفعة الضحى غفرت له ذنوبه ولو كانت مثل زبد البحر)[18]

Sabda Nabi saw: “  Barang siapa memeliharakan dua rakaat Dhuha diampunkan baginya segala dosanya dan jikalau ada ia seumpama buih di laut ” .


قال عليه الصلاة والسلام : ( يصبح على كل سلامى من أحدكم صدقة، وكل تسبيحة صدقة ، وكل تكبيرة صدقة، وأمر بالمعروف صدقة، وكل تهليلة صدقة، ونهي عن المنكر صدقة، ويجزئ من ذلك ركعتان يركعهما من الضحى)[19].

Dan lagi sabda Nabi saw; “ Berpagi-pagi  atas tiap-tiap segala sendi daripada kamu berkehendak sedekah. Maka tiap-tiap tasbih sedekah. Dan tiap-tiap tahmid sedekah. Dan tiap-tiap ahlil sedekah. Dan tiap-tiap akbir sedekah. Dan menyuruh dengan makruf sedekah dan tegah daripada mungkar sedekah. Dan memadai daripada yang demikian  dua rakaat yang disembahyangkan  keduanya daripada  sunat Dhuha….”[20]


4. Sembahyang Sunat Tasbih;


ومن المستحب: صلاة التسبيح وهي أربع ركعات. وقد وردت الأخبار بفضلها، وأن من صلاها غفر الله له ما تقدم من ذنوبه وما تأخر.

Dan setengah daripadanya sunat kita mewazhabahkan, yakni mengekalkan dan mengamalkan sembahyang tasbih kerana amat besar fadhilatnya, lagi amat besar kadarnya pada Allah Ta’ala.  [ Maka diampunkan dia (oleh) Allah dosanya yang disengajakan atau tersalahnya. Dan yang lamanya dan yang baru. Dan yang nyatanya dan yang yang sembunyinya. Demikianlah yang disebut pada hadis. Iaitu empat rakaat {dengan satu salam atau dua salam[21]} ][22] .


 وقال -صلَّى الله عليه وآله وسلَّم- لعمه العباس رضي الله عنه حين علمه إياها :( صلها في كل يوم، أو في كل جمعة، أو في كل شهر، أو في كل سنة، أو في العمر مرة ) الحديث.

Serta mufakat segala ulama pada disuruh mengerjakan dan mengekalkan dia pada tiap-tiap hari jika kuasa. Maka jika tiada, maka tiap-tiap Jumaat. Dan jika tiada, maka tiap-tiap bulan. Dan jika tiada, maka tiap-tiap tahun sekali. Dan jika tiada, maka di dalam seumur hidup sekali[23].


ولها كيقيتان:

والأولى :أن تحرم ثم تقرأ دعاء الافتتاح، ثم تقول :سبحان الله والحمد لله ،ولا إله ألا الله ، والله أكبر( خمس عشرة مرة)، ثم تقرأ الفاتحة وسورة بعدها، ثم تقولها (عشراً) ، ثم تركع فتقولها (عشراً)، ثم ترفع فتقولها (عشراً)ثم تسجد فتقولها (عشراً)، ثم ترفع من السجود فتقولها (عشراً)، ثم تسجد فتقولها (عشراً ). ثم تقوم إلى الثانية فتقولها قبل القراءة (خمس عشرة). وعلى هذا السبيل إلى آخر الصلاة .

والكيفية الثانية: مثل الأولى، غير أنك لا تسبح بين التحرم والقراءة، بل بعدها تسبيح (خمس عشرة) ثم تركع فتقولها(عشراً) وعلى ذلك السياق في الأركان (عشراً ،عشراً)وتبقى (عشر) فتقولها بعد الرفع من السجود الثاني ، إما قبل القيام وأما بعده وقبل القراءة، فافهم . وفي كل ركعة خمس وسبعون تسبيحة ، والجملة ثلثمائة في أربع ركعات. 


[ Maka adalah ia dua kaifiyyat, yang pertama bacakan tasbihnya pada tiap-tiap rakaat kemudian daripada Fatihah dan surah lima belas kali, atau dibaca tasbihnya lima belas kali dahulu daripada membaca Fatihah dan surah dan sepuluh kali kemudian daripada keduanya atas kaifiyyat yang  keduanya. Jadi dua puluh lima tasbih dalam tiap-tiap qiyam, dan atas kata yang dahulu adalah tasbihnyadi dalam tiap-tiap qiyam lima belas kali jua. Dan sepuluh kali di dalam tiap-tiap rukuk kemudian daripada tasbih rukunnya, dan sepuluh kali di dalam tiap-tiap iktidal, dan sepuluh kali di dalam tiap-tiap sujud kemudian daripada tasbihnya, dan sepuluh kali di dalam tiap-tiap duduk antara dua sujud, dan sepuluh kali di dalam sujud yang kedua, dan sepuluh kali di dalam duduk istirahah atau duduk tasyahhud atas kaifiyyat yang pertama yang dibaca lima belas kali jua tiap-tiap qiyam.

Adapun atas kaifiyyat yang membaca dua puluh lima kali, tiada lagi dibaca tasbihnya di dalam duduk istirahah atau di dalam  duduk tasyahhud, maka jadilah perhimpunan tasbihnya tiga ratus kali ][24].



5. Sembahyang Sunat Awwabin[25];


ومن المستحب المتأكد : إحياء ما بين العشاءين بصلاة وهو الأفضل، أو تلاوة قرآن أو ذكر لله تعالى : من تسبيح أو تهليل أو نحو ذلك.

Dan demikian lagi, sunat memeliharakan Awwabin iaitu dua puluh rakaat dan sekurang-kurangnya dua rakaat, dan waktunya antara Maghrib dan Isyak[26].


قال النبي عليه الصلاة والسلام :(
من صلى بعد المغرب ست ركعات لا يفصل بينهن بكلام عدلن له عبادة اثنتي عشرة سنة ).

Sabda Nabi saw; “ Siapa yang sembahyang selepas fardu Maghrib enam rakaat, tanpa memisahkan di antara kedua-dua dengan percakapan….

        
وورد أيضاً : أن من صلى بين المغرب والعشاء عشرين ركعة بني له بيت في الجنة.

Dan sabda Nabi saw lagi; “ Bahawa sesiapa yang sembahyang di antara Maghrib dan Isyak dua puluh rakaat, nescaya dibina baginya sebuah istana di dalam syurga[27].




[1] Dalam kitab al-Nasha-ih hanya diterangkan sebanyak 6 jenis sembahyang sunat. Manakala dalam kitab Munyah al-Mushalli, Syaikh Daud Fathani telah menambahkan beberapa solat sunat yang lain. Lihat al-Nashaih (hal. 133-142), S.Ahmad Semait (hal. 147-160), HWM Shaghir (hal. 107-134),  
[2] Tambahan pentahkik, bagi  maksud petikan (كما ورد.).
[3] Tambahan oleh Syaikh Daud Fathani.
[4] Tambahan pentahkik. Teks asal dan terjemahan ini tidak terdapat dalam Munyah al-Mushalli. Syaikh Daud telah menyebutkan dalam Munyah al-Mushalli, bahagian dan jenis-jenis solat rawatib, berserta contoh lafaz niatnya. Lihat HWM Shaghir (hal. 107-109).
[5] Lihat HWM Shaghir, hal. 109.
[6] Hadis ini tiada dalam kitab Munyah al-Mushalli
[7] Hadis ini hanya terdapat dalam  al-Nashaih, Syaikh Daud al-Fathani tidak menyebutnya dalam Munyah al-Mushalli
[8] Hadis ini disebutkan dalam Munyah al-Mushalli.
[9] Maksudnya “ menyalahi yang utama ”. ia adalah tambahan oleh Shaikh Daud Fathani.
[10] Tambahan pentahkik bagi terjemahan teks arab yang bergaris di atas. ia tidak dinukilkan oleh Syaikh Daud Fathani.
[11] Iaitu surah al-Nas dan al-Falaq.
[12] Terjemahan bagi teks bergaris di atas, dalam Munyah al-Mushalli ia tidak disebutkan oleh Syaikh Daud Fathani.
[13] Dalam Munyah al-Mushalli, disebutkan selepasnya; sabda Nabi saw…..iaitu hadis yang akan disebut akan datang.   
[14] Dalam Munyah al-Mushalli, selepasnya ditambahkan “ demikian lafaz niatnya …….”
[15] Terjemahan bagi teks bergaris di atas. Ia tiada dalam Munyah al-Mushalli.
[16] Maksudnya “seperempat  hari”.
[17] Dalam munyah al-Mushalli ditambah selepasnya ; Dan dibacakan surah kemudian daripada fatihah pada rakaat yang pertama  ‘wasyamsi wa Dhuhaa’ ,dan pada rakaat yang kedua kemudian daripada Fatihah  ‘Wadh Dhuha wal laili iza Saja’.    
[18] Teks asal hadis ini ada disebutkan dalam Munyah al-Mushalli.
[19] Teks asal hadis ini tidak disebutkan dalam Munyah al-Mushalli, Syaikh Daud Fathani hanya menyebutkan terjemahannya sahaja.
[20] Dalam Munyah al-Mushalli: kedua-dua hadis ini disebutkan lebih awal lagi. Lihat nota no. 12 di atas.  Dalam al-Nashaih, hadis ini disebutkan terlebih dahulu dan hadis pertama dikemudiankan. Lihat al-Nashaih (hal. 134).
[21] Disebutkan dalam al-Nashaih;  jika sembahyang dilakukan pada waktu malam, maka ditunaikan dengan dua salam, iaitu dua rakaat berasingan (ركعتين بعد ركعةين). Manakala jika dilakukaan pada waktu siang, ia ditunaikan dengan satu salam iaitu empat rakaat sekaligus (أربع ركعات جماة واحدة.). Lihat al-Nashaih (hal. 136).
[22] Syaikh Daud Fathani telah melakukan beberapa pengubahsuaian  terhadap nukilan terjemahan teks arab di atas dari segi susunan ayat dan beberapa tambahan. Teks dalam  [  ] dalam  Munyah al-Mushalli sebenar diletakkan selepas teks di bawah. Sengaja saya letakkan di sini kerana ia sesuai dengan kedudukan teks Arabnya.
[23] Teks ini bukanlah terjemahan hadis di atas. Ia merupakan penjelasan Syaikh Daud Fathani mengenai pandangan ulama terhadap isi kandungan hadis di atas. lihat al-Nashaih (hal. 135). Di sini, Syaikh Daud Fathani tidak membawa secara langsung terjemahan hadis tersebut, tetapi dinyatakan sebagai pandangan ulama.
[24] Syaikh Daud telah menerangkan kedua-dua kaifiyat sembahyang tasbih di atas, dengan membuat sedikit perubahan susunan ayat dari teks asalnya. .
[25] Dalam al-Nashaih diterangkan terdapat dua solat yang dikenali sebagai solat sunat Awwabin iaitu solat sunat di antara Maghrib dan Isyak dan solat Dhuha (وتسمى صلاة الضحى صلاة الأوبين، كالصلاة بين العشاءين.)
[26] Ini bukanlah terjemahan bagi teks Arab di atas. Syaikh Daud Fathani menyebutkan mengenai sembahyang ini secara ringkas sahaja. Berikutnya saya tambahkan dua hadis yang terdapat dalam kitab al-Nashaih menerangkan kelebihan sembahyang ini.
[27] Dua hadis ini adalah  dari kitab al-Nashaih (hal. 137)