Saturday, April 4, 2020

Nafhah al-‘Abir fi Nazhm al-Tahrir


Kitab Nafhah al-‘Abir fi Nazhm al-Tahrir (نفحة العبير في نظم التحرير) merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-‘Allamah Sayyid Abu Bakr bin Abu al-Qasim bin Ahmad bin Muhammad al-Ahdal al-Husaini al-Yamani (984-1035H).

Kitab Nafhah al-‘Abir ini disusun oleh Sayyid Abu Bakr al-Ahdal sebagai ringkasan bagi kitab beliau sendiri yang berjudul Minhah al-Wahhab bi Nazhm Tahrir Tanqih al-Lubab (منحة الوهاب بنظم تنقيح تحرير اللباب), iaitu sebuah kitab yang disusun dalam bentuk nazam melebihi 4 ribut bait berdasarkan kitab Tahrir Tanqih al-Lubab (تحربر تنقيه اللباب). Manakala kitab Tahrir Tanqih al-Lubab pula merupakan karya Syaikh al-Islam, al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin Muhammad bin Ahmad al-Anshari al-Sunaiki al-Mishri (823-926H).

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment